Muhyiddin sedar bukan senang tawan Johor sekadar beri harapan palsu

Meskipun hanya memerlukan 10 ADUN di Johor sahaja keluar UMNO bagi PPBM membentuk kerajaan di negeri itu, namun harus diingat ia bukan satu perkara yang mudah.

Jelas Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedar akan perkara tersebut, namun tetap mengeluarkan kenyataan itu bagi meyakinkan ahli parti barunya sahaja, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Tidak semudah itu, dan dia tau susah, cuma dia lemparkan pandangan dia sebagai otai ahli politik,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Isnin.

Di Johor, Muhyiddin sebelum ini berkata, jika 10 lagi Adun UMNO mengikuti jejak Adun Jorak, Datuk Shahruddin Md Salleh, maka kerajaan BN di kubu tradisional UMNO itu, akan tumbang.

“Kami akan jadi kerajaan di Johor,” kata Muhyiddin.

Namun, dalam masa yang sama, Anuar turut menyatakan sebagai ahli politik, semua pemimpin tahu yang ia merupakan strategi yang sepatutnya tidak didedah kepada umum.

Namun, tindakan Muhyiddin yang secara jelas menyatakan perkara itu dilihat seperti mempunyai agenda tersirat yang perlu difahami lebih mendalam.

Kata Anuar lagi bagaimanapun beliau tidak menolak sekiranya ia lebih kepada untuk memberi keyakinan kepada ahlinya sendiri.

“Ini strategi tapi kenapa perlu diberitahu kepada umum? Adakah ini sekadar nak beri harapan kepada ahli parti mereka sahaja ‘kalau’ beberapa ADUN melompat mereka boleh tawan 3 negeri ini? Kalau betul mereka yakin, kenapa nak buat kecoh? Buatlah senyap-senyap.

“Tapi bila secara terang-terangan sebegini, pandangan saya ini sekadar harapan mereka sahaja. Saya amat yakin bahawa kerajaan negeri yang direbutkan itu terutama Johor akan terus pertahankan BN di negeri masing-masing,” ujarnya.

Pembangkang terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM )dipercayai merancang jalan pintas bagi membolehkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tiga negeri bertukar kepada mereka.

Ini berdasarkan kenyataan Muhyiddin sendiri bahawa dengan beberapa ADUN keluar UMNO di Perak dan Terengganu atau Johor, pembangkang tidak perlu menunggu PRU 14 untuk menguasai negeri tersebut.

Penasihat PPBM itu turut berkata di Perak dan Terengganu, hanya memerlukan dua orang sahaja wakil rakyat untuk lompat parti.

Jika mereka berbuat demikian, tambahnya, dua kerajaan negeri BN itu akan tumbang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana