Muhyiddin Mula Tunjuk Sifatnya Yang Talam Dua Muka

Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan dirinya seorang yang talam dua muka apabila mengatakan partinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal memberikan sokongan kepada Bersih 5 yang akan diadakan 19 November depan.

Padahal ketika Bersih diadakan buat kali kedua dulu, beliau sendiri mengatakan bahawa perhimpunan haram itu tidak ada gunanya untuk diadakan.

Di Malaysia, segelintir pemimpin rela meletakkan diri mereka di tahap yang rendah sebegini, memutarbelit pendirian dan pemikiran serta menipu rakyat dan penyokongnya sendiri.

“Pada saya, adalah tidak berguna untuk dianjurkan lagi satu lagi perhimpunan.

“Demonstrasi tidak akan menyelesaikan masalah, ia hanya diadakan untuk menunjukkan berapa banyak sokongan yang anda ada,” katanya dalam satu sidang media dulu.

Tambahnya lagi, jika Barisan Nasional (BN) mahu mengadakan perhimpunan yang sama, pastinya mereka boleh mengumpulkan satu juta penyokong.

Hari ini, pemimpin ini yang dibuang dari UMNO dan kerusi Timbalan Perdana Menteri dengan tidak ada rasa malu menyatakan dirinya akan hadir ke perhimpunan haram Bersih 5 kononnya kerana matlamatnya sama, begitu mudah matlamat perjuangan Muhyiddin berubah demi kepentingan diri.

“Saya menerima jemputan daripada Maria Chin Abdullah (pengerusi Bersih 2.0) yang berharap saya akan hadir. Asalkan tujuannya sehaluan dengan apa yang kami perjuangkan, saya rasa tiada masalah.

“Antara matlamat perjuangan Bersih ialah menuntut Najib berundur, kerajaan yang bersih dan tiada rasuah. Ini saya fikir turut menjadi asas dan dasar perjuangan parti kita,” katanya menurut laporan akhbar Sinar Harian.

Maria Chin merupakan Pengerusi Bersih 2.0, sebuah kumpulan yang menganjurkan setiap edisi perhimpunan haram itu di ibu negara biasanya di Dataran Merdeka.

Agak lucu apabila Muhyiddin berkata, beliau berharap kehadiran PPBM dalam Bersih tidak disalah tafsir kerana padanya Bersih bukanlah sebuah kumpulan provokasi, satu kenyataan darinya yang cukup berbeza dari dulu.

Rakyat dan semua orang sudah tahu gaya dan cara Muhyiddin dalam berpolitik tambahan pula selepas terang-terangan cuba menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada masa itu merupakan bos beliau. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana