Mufti Perak umum sokong usul perkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong usul persendirian PAS bersabit Rang Undang-Undang (RUU) bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Malah beliau berharap pindaan Akta 355 itu diperluaskan ke semua negeri di negara ini dan tidak terhad kepada Kelantan sahaja.

Harunssani berkata beliau tidak pernah bersuara perihal perkara itu berikutan beliau bukannya ahli politik.

“Saya bukan ahli politik. Bukannya juga sebab saya penyokong PAS atau apa-apa seperti itu. Hadi bentangkan usul itu, saya menyokongnya,” kata Harussani dipetik akhbar Sinar Harian.

Harussani turut menggesa ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira perbezaan politik menyokong RUU itu, dengan menyatakan ia adalah “wajib” bagi umat Islam berbuat demikian.

Beliau berkata ia adalah “salah” bagi umat Islam jika tidak menyokong rang undang-undang itu.

“Itu adalah salah kerana sebagai orang Islam, mereka mesti menyokong segala usaha memperkasakan Mahkamah Syariah dan saya sendiri berharap semua Ahli Parlimen Melayu dan Islam bersatu dalam menyokong isu ini.

“Jika semua memberi sokongan mereka, insya-Allah, ia akan diluluskan,” kata Harussani.

Cadangan pindaan kepada Akta 1965 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), juga dikenali sebagai Akta 355, bagi membolehkan Mahkamah Syariah mengenakan hukuman lebih keras kepada pesalah.

RUU persendirian, yang dibentangkan oleh Hadi akan dibahaskan pada sesi Parlimen akan datang, yang bermula pada Isnin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana