MPP: Pro-Aspirasi UPM menang besar

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Calon Pro-Aspirasi (Pro-A) berjaya mendominasi kemenangan dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Putra Malaysia (UPM) kampus Serdang dan Bintulu.

Menurut sumber, calon Pro-A menang besar 36 daripada keseluruhan 45 kerusi yang dipertandingkan dan baki sembilan kerusi dime­nangi calon Smart UPM yang mewa­kili Pro-Mahasiswa (Pro-M).

Calon umum Pro-A yang menerima undian kedua tertinggi, Mohd. Faisal Yusuf Yaakub berkata, kemenangan besar barisan kepemim­pinan berkenaan merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu terus digalas oleh pemimpin pelajar.

“Ribuan terima kasih di­ucapkan kepada 6,000 pelajar dari kampus UPM Serdang dan Bintulu kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk meneruskan perjuangan.
“Keme­nangan ini adalah bukti bahawa mahasiswa semakin bijak dalam membuat penilaian kerana pemilihan yang dibuat berdasarkan kepercayaan akan lebih membantu menguatkan agenda yang diperjuangkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam
Sementara itu, Nur Sabrina Marzuki, 22, berkata, tahun ini dia melakukan percubaan berani apabila bertanding di kerusi umum kerana sebelum ini, dia pernah memenangi kerusi fakulti.

“Perasaan bertanding di peringkat umum amat berbeza berbanding bertanding di peringkat fakulti kerana para pengundi terdiri daripada keseluruhan mahasiswa UPM berbanding menjadi calon fakulti yang pengundi­nya hanya terdiri daripada mahasiswa daripada fakulti berkenaan sahaja,” katanya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, mahasiswa semakin sedar mengenai tanggungjawab utama mereka sebagai pelajar dan tugas barisan pemimpin pelajar di kampus adalah sebagai pemudah cara untuk kebajikan pelajar.
“Pihak universiti mahu kebajikan semua pelajar terjaga dan lebih fokus untuk mencapai kejayaan yang cemerlang agar masing-ma­sing menerima peluang yang cerah pada masa hadapan serta perpaduan di antara pelajar terus subur tanpa sebarang pertikaian,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana