Midin Muka Yang Tak Tahu Maluuuuu!!!! Pemimpin PAS Terengganu sifatkan cadangan Muhyiddin tidak waras

Hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin hendak tunjuk taiko dengan buat cadangan terbuka ketika berceramah di pentas PAS akhirnya memalukan dirinya sendiri.

Ini selepas cadangan supaya parti beliau, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding di semua kerusi yang dimenangi BN di Terengganu ditolak pemimpin PAS negeri itu.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Terengganu, Dr. Azman Ibrahim cadangan tersebut adalah cadangan tidak waras.

Dr. Azman mempersoalkan siapa Muhyiddin untuk membuat cadangan itu, sedangkan PPBM adalah sebuah parti yang baharu ditubuhkan.

"Belum pun sampai setahun jagung (penubuhan PPBM) sudah mencadangkan itu ini, termasuk yang tidak masuk akal iaitu nak bertanding kawasan dimenangi BN.

"Cadangan itu tidak waras. PPBM letak calon pun belum tentu dapat kalahkan calon BN,” katanya.

Menurut Dr. Azman, beliau mempunyai pengalaman bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Kuala Terengganu melawan calon BN dan menyifatkan tidak semudah itu untuk PPBM mengalahkannya.

"PAS ada cawangan, markas, jentera dan ada program yang berterusan di kawasan BN, tapi bila bertanding (PAS) tak pernah menang. Inikan pula parti baharu seperti PPBM," katanya.

Muhyiddin ketika berucap di Kemaman malam kelmarin dilaporkan berkata, partinya sedia bekerjasama dan berunding dengan PAS termasuk pembahagian kerusi pilihan raya.

Kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu, PPBM bukan hendak mengambil alih kerusi yang sudah dimenangi PAS, tetapi kerusi yang dimenangi UMNO itu diberikan kepada partinya.

Menurut Dr. Azman, beliau secara peribadi membantah cadangan itu, tetapi menyerahkan kepada pimpinan peringkat pusat untuk mencari kaedah terbaik untuk parti dan ahli.

Bagi Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, kenyataan Muhyiddin bahawa pertemuan PPBM dengan PAS ke arah kerjasama politik, cukup positif adalah pandangan peribadinya.

Ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, sehingga kini proses rundingan masih berlaku, malah katanya, keputusan berhubung isu ini tidak akan dicapai dalam masa terdekat.

“Sebenarnya kita belum ada keputusan lagi berkenaan isu ini. Saya tidak boleh beri kenyataan peribadi (dalam isu ini). Ini babitkan polisi dan strategi politik pilihan raya.

“Berkenaan satu lawan satu (pada pilihan raya umum), memang kita (PAS) berkehendak macam itulah. Cuma jangan orang pula datang dengan tanpa minta izin dan sebagainya. Konsep kita konsisten,” ujarnya.

PAS kini mempunyai 14 kerusi DUN di Terengganu manakala PKR mempunyai satu dan selebihnya (17) adalah milik UMNO.

PAS juga mempunyai 3 daripada 8 ahli Parlimen di Terengganu iaitu Marang, Dungun dan Kuala Nerus.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana