MERAH V2 Berjaya Halau BERSIH 5 - Jamal


SABAK BERNAM 8 Okt - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Dato' Jamal Md Yunos mengucapkan tahniah kepada kesemua NGO dan penyokong MERAH V2 yang berganding bahu menyekat konvoi BERSIH 5 dalam menabur fitnah dan propaganda menggulingkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, BERSIH 5 bukan sahaja gagal mendapat sokongan rakyat, malah majoriti rakyat di sini bersatu di bawah MERAH V2 bagi menolak provokasi NGO berkenaan.

"Dan yang paling mustahak hari ini kami berjaya menghalang BERSIH 5 ini dari turun ke kampung-kampung, turun ke kawasan-kawasan yang mereka rancang.

"Dan setelah dikurung di dalam stadium, mereka sendiri bercakap di kalangan mereka dan mereka akhirnya pulang ke rumah masing-masing," katanya kepada pemberita pada sidang media di perkarangan Stadium Sabak Bernam di sini hari ini.

Beliau juga mengulangi pendirian MERAH V2 yang tidak akan meneruskan perhimpunan ini jika BERSIH 5 menghentikan agenda provokasi menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.

"Namun kami juga berikrar jika mereka turun di mana-mana lokasi di negara ini, kami akan tetap menentang mereka dan saya yakin lebih agresif daripada apa yang berlaku pada hari ini," katanya.

Beliau juga menganggap penahanan tiga penyokong MERAH V2 merupakan tugas pihak polis yang tidak sewajarnya diganggu.

Sambil menghormati prinsip undang-undang, beliau telah menyiapkan tujuh wakil peguam bagi menyelesaikan isu tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana