Menyamakan Arab Spring dan BERSIH 5 adalah bodoh, bidas Mat Sabu

SHAH ALAM: Presiden Amanah, Mohamad Sabu hari ini membidas pihak yang menyamakan Himpunan BERSIH yang bertujuan menuntut pilihan raya yang adil dengan insiden Arab Spring.
 
Menyifatkan perbandingan itu sebagai bodoh, Mohamad atau Mat Sabu menambah ia sengaja ditimbulkan selepas pihak berkenaan tidak mahu menyertai BERSIH 5, November depan.
 
"Terlalu bodoh orang yang mengatakan himpunan BERSIH meniru atau lanjutan daripada Arab Spring. Kita tetap komited dengan demokrasi dan pilihan raya untuk mengambil alih kuasa bukan dengan cara yang lain.
 
"Mereka yang mengatakan himpunan BERSIH ala Arab Spring adalah suatu kebodohan dan berpura-pura serta suatu alasan yang diada-adakan oleh mereka yang tidak mahu menyertai himpunan BERSIH 5 ini," katanya memetik kenyataan di portal Malaysiakini.
 
Ujar Mat Sabu lagi, himpunan atau demonstrasi aman sudah mula diamalkan di negara ini sejak Malaysia belum mencapai kemerdekaan lagi dan digerakkan oleh pelbagai pihak, termasuk parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO).
 
Parti-parti politik pembangkang masa kini, seperti PKR, DAP dan PAS juga pernah mengadakan himpunan aman pada 2008 bagi menuntut sebuah pilihan raya yang bersih, katanya.
 
Kenyataan Mat Sabu itu dipercayai merujuk kepada amaran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya pembangkang tidak membawa budaya 'spring' ke negara ini.
 
Menerusi amaran itu semalam, Hadi menyebut besar natijahnya sekiranya pembangkang berterusan membakar sentimen rakyat untuk membenci kerajaan pemerintah.
 
Pembangkang juga perlu insaf serta mengambil iktibar daripada ‘Arab Spring’ yang kini diibaratkan buah beracun - meragut nyawa tanpa batas.
 
Hadi mengimbau sejarah ‘Arab Spring’ dengan insiden pertama berlaku semasa Revolusi Arab 1916 akibat tindakan Raja Wilayah Hijaz, Syarif Husain mengisytiharkan perang terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah sehingga menyebabkan dunia Arab berkecai.
 
Sejak BERSIH 4.0, PAS konsisten menolak demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik.
 
Begitu juga dengan BERSIH 5 yang akan diadakan 19 November depan, PAS mengambil pendirian untuk tidak bersama parti-parti pembangkang yang lain dalam himpunan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana