Menteri Luar ulas isu perlekeh cara penyampaian ucapan TPM di Bangsa-Bangsa Bersatu…

"Adalah malang bahawa sesetengah rakyat Malaysia telah mengkritik dan memilih untuk menonjolkan cara penyampaian ucapan oleh Timbalan Perdana Menteri daripada fokus dan mencerna mesej penting yang beliau sampaikan pada Perbahasan Umum Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) .”

Ini kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan Jumaat mengenai usaha pihak tertentu cuba memperlekehkan loghat penyampaian Datuk Seri Zahid Hamidi dalam bahasa Inggeris.

Anifah berkata PBB mempunyai keanggotaan yang pelbagai dan sering kali, pemimpin-pemimpin menyampaikan kenyataan mereka dengan loghat bahasa masing-masing.

"Apa yang penting adalah mesej yang disampaikan mereka difahami dan pandangan mereka diutarakan kepada anggota-anggota PBB," katanya.

Menurut Anifah mesej disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri pada Perbahasan Umum PBB baru-baru ini diterima baik oleh negara anggota badan dunia itu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ini dinyatakan oleh wakil masing-masing yang mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada timbalan perdana menteri atas kenyataan itu selepas beliau menyampaikannya.

Zahid mengetuai delegasi Malaysia pada Sesi-71, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), dengan beliau menyampaikan kenyataan negara Malaysia pada Perbahasan Umum pada 24 Sept.

Anifah juga berkata timbalan perdana menteri, antara lain, telah menyampaikan mesej dengan jelas bahawa Malaysia komited terhadap Agenda Pembangunan Lestari 2030 dan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari yang terkandung di dalamnya.

"Beliau juga telah memberi penjelasan panjang lebar tentang pendirian Malaysia mengenai perubahan iklim, keganasan dan persoalan Palestin dan isu penempatan semula pelarian dan migran ke negara-negara ketiga," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana