Mengintai siapa jaga dana kerajaan RM3.3 billion yang kena songlap di Sabah...

Siapa saja nak tuduh kerajaan pusat tak bagi banyak duit untuk bangunkan infrastruktur air untuk rakyat di Sabah kena tengok kira kanan depan belakang dulu.

Kes salahguna kuasa berjuta-juta ringgit di Jabatan Air Sabah yang kini heboh tentu boleh tutup sebarang prasangka macam itu.

Bayangkan RM3.3 billion diperuntukkan oleh kerajaan pusat sepanjang lima tahun dari 2010 hingga 2015 untuk atasi masalah bekalan air untuk rakyat Sabah.

Jika dibahagi lima ini bermakna RM600 juta setahun diperuntukkan.

Sayang sikit ekoran terbongkar kes melibatan pengarah dan timbalan pengarah jabatan itu didapati lebih RM100 juta sudah kena songlap.

Itu baru perkiraan setakat ini.

Entah berapa puluh juta lagi yang ghaib setelah perkiraan secara terperinci dibuat keatas peruntukkan itu.

Ini gara-gara kegiatan salur projek kepada syarikat adik beradik.

Juga bayangkan berapa ramai rakyat yang dinafikan kemudahan air kerana gelagat 'penyamun' dalam jabatan kerajaan .

Ramai yang geram melihat wang tunai bertimbun timbun dan barang kemas berkilo-kilo dibeli dari wang haram itu yang dipamer oleh SPRM.

Jabatannya semua orang sudah tahu - Jabatan Air Sabah.

Dari mana sumber wang itu juga semua sudah maklum - dari kerajaan pusat.

Apa yang jadi tandatanya hangat berlegar sekarang ialah wang kerajaan pusat itu disalur menerusi kementerian mana.

Siapa yang pantau dan siapa yang bertanggongjawab kawalselia perbelanjaan wang itu?

Melihat pada penyelewengan yang mengemparkan itu jelas sekali mereka yang terlibat cukup bermaharajalela macam wang kerajaan itu milik mak bapak mereka.

Nyata tiada kawalan langsung.

Ini bukan bab nak cari kambing hitam..tapi siapa yang main lepas tangan sampai melopong begitu.

Dalam hal ini kita boleh faham dan terima lojiknya bila  Ahli Parlimen Tenom,Sabah , Datuk Raime Unggi buka mulut menggesa SPRM meluaskan siasatan dengan melibatkan kementerian persekutuan dan menteri yang berkuasa keatas dana kerajaan itu.

Seperti juga orang ramai,Raime juga berpandangan tidak mungkin kedua-dua penjawat awam terlibat dapat mengumpul dana dalam jumlah wang yang besar tanpa pengetahuan kementerian Persekutuan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga mengetuai Kementerian Pembangunan Infrastruktur negeri berkata beliau tidak terbabit dalam projek berkenaan.

Beliau mendakwa dana RM3.3 bilion itu adalah pembiayaan kerajaan persekutuan yang disalurkan terus daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Putrajaya tanpa melalui beliau.

Raime kata ,"saya tidak tuduh sesiapa tetapi lojiknya RM3.3 billion untuk projek infrastruktur itu disalurkan oeh kerajaan persekutuan menerusi sebuah kementerian yang memerlukan kelulusan menteri dan para pegawai tinggi.

"Maka sewajarnya SPRM siasat kemungkinan dua pegawai tinggi jabatan kerajaan terlibat dengan peringkat atasan kementerian."

Sesuatu yang secara umum diketahui bahawa di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ada program bekalan air luar bandar.

Setakat ini belum pasti samaada dana RM3.2 billion itu untuk program berkenaan di Sabah.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari 2009 hingga 2015 ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau kini sudah tidak lagi dalam UMNO dan akan mengetuai sebuah parti tempatan di Sabah untuk lawan BN.

Bekas Naib Presiden UMNO dan bekas Ketua UMNO Bahagian Semporna itu mungkin sudah cium ramai yang sedang ' mengintai' beliau ekoran kes ini.

Dalam reaksi segara,beliau menerusi satu kenyataan Sabtu kata sedia membantu siasatan berhubung kes salah guna dana projek infrastruktur di Sabah bernilai RM3.3 bilion itu.

Katanya beliau tidak akan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan projek berkenaan disalurkan menerusi kementerian di bawahnya sebelum ini kerana tidak mahu menganggu siasatan SPRM.

“Saya lebih daripada bersedia untuk memberi kerjasama dan membantu siasatan,” katanya.

Bagaimanapun Shafie menyifatkan kenyataan Pairin yang mengaitkan projek berkenaan dengan kementerian di bawahnya sebelum ini adalah tidak wajar berikutan siasatan SPRM masih berjalan.

“Adalah sesuatu yang lucu dan membingungkan apabila pihak berkuasa negeri dalam keadaan tergesa-gesa membuat pengakuan bahawa mereka tidak bersalah dan meletakkan kesalahan itu ke atas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa siasatan SPRM masih berjalan.

“Membuat kenyataan seumpama itu secara terbuka menunjukkan pihak berkuasa negeri tidak menghormati mahupun yakin terhadap proses siasatan SPRM,” katanya.

Rasanya Shafie tidak perlu melompat terhadap andaian yang berlegar.

Hitam putih dalam bab ini tentu ada.Kerajaan ada prosedur yang termaktub yakni duit tidak boleh turun begitu saja dari langit.

Mahu tidak mahu lambat laun kementerian mana dan siapa yang bertanggongjawab kawal selia dana kerajaan persekutuan kepada Jabatan Air Sabah itu akan diketahui juga.

Yang pasti tak lojik dan mana mungkin dana sebesar RM3.3 billion disalurkan terus ke Jabatan Air Sabah  tanpa menerusi  kementerian dan jabatan peringkat persekutuan.

Samada kementerian atau menteri berkenaan cuai atau terlibat atau bagaimana...itu lain cerita dan sendiri kena jawab dan tanggong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana