Memahami politik Tun Mahathir

■ Rakyat telah menuntut suatu kebenaran dibongkar mengenai pembelian tanah oleh Tabung Haji dari 1MDB dan ramai rakyat telah prejudis terhadap 1MDB dengan menuduh 1MDB memalukan, meletakkan duit simpanan haji pada tahap risiko tinggi, bertentangan dengan nilai2 agama. Isu ini menjadi panas dan kontroversi apabila pembangkang dan Tun Mahathir menuduh DS Najib telah melakukan penyalahgunaan kuasa terhadap isu pembelian tanah ini.

■ The Malaysian Insider telah membongkar beberapa urusniaga Lembaga Tabung Haji (LTH) yang nampak seperti ‘bail out’ untuk Kumpulan Maju yang telah menyebabkan pendeposit Tabung Haji hilang wang mereka. http://www.themalaysianinsider.com/…/not-first-time-tabung-…

■ Sentimen yang dimainkan oleh The Malaysian Insider merujuk kepada perilaku politik Tun Mahathir (memetik Wall Street Journal), berkenaan kerajaan telah melakukan ‘bail out’ kepada syarikat sdn bhd dengan menggunakan duit tabung haji.

■ Tun Mahathir seakan2 telah lupa bahawa beliau juga pernah memanipulasi kan Wang Tabung Haji, antaranya;

1. Tahun1996
LTH telah melabur RM67 juta di dalam projek Maju Holdings di Johor di mana ianya telah mengalami masalah. Pelaburan Tabung Haji telah kerugian sebanyak RM67 juta.

2. Tahun 1998
LTH membayar RM436.38 juta kepada Maju Group untuk 2 buah hartanah yang masih belum siap dibina yang dinilaikan berharga RM267.92 juta
■ Natijahnya; Kerugian yang dialami oleh Tabung Haji adalah RM168.46 juta

■ Terdapat juga perkara2 lain yang berkait rapat dengan salah guna kuasa oleh Tun Mahathir pada ketika itu, seperti;

1. Beliau telah melantik abang iparnya menjawat jawatan Pengerusi Tabung Haji iaitu Tan Ahmad Razali Mohamed Ali. Beliau telah mewujudkan kes jelas nepotisme.

2. Meluluskan bayaran pendahuluan RM220 juta untuk sebuah bangunan yang masih lagi belum memulakan pembinaan walaupun Pembedaharaan telah menetapkan bayaran maksimum hanya RM5 juta yang dikira daripada nilai 15% kerja2 pembinaan.

■ Perbezaan perjanjian ketika itu dengan masa kini;

1. Tahun 1990-an, Perjanjian dengan Maju Holdings yang mana Tabung Haji telah membayar RM504 juta untuk syarikat tersebut untuk satu aset yang dinilai berharga RM267.92 juta yang mengakibatkan kerugian kepada Tabung Haji sebanyak RM235.5 juta.

2. Tahun 2015, Perjanjian TRX 1MDB dengan Tabung Haji, dimana Tabung Haji membayar RM188.5 juta kepada syarikat milik kerajaan 100% untuk aset yang dinilai berharga RM195 juta (dan menambah lagi satu aset bernilai RM370 juta) Tetapi ianya akan dijual pada keuntungan beberapa juta ringgit.

■ Perbezaan diantara Kedua2 perjanjian tersebut adalah;

1. Tun Mahathir telah menyebabkan berlakunya KERUGIAN kepada TH. Bayaran dari TH kepada satu syarikat tersebut telah melenyapkan sejumlah wang yang tidak diperolehi semula untuk satu aset yang bernilai tidak sampai separuh pun dari apa yang dibayar.

2. DS Najib telah merangka satu KEUNTUNGAN kepada TH. Bayaran dari TH kepada syarikat 100% milik kerajaan dimana wang pelaburan tersebut akan diperolehi semula di dalam seminggu kerana aset yang bernilai lebih dari apa yang dibayar.

■ Berlaku adillah apabila membuat pertimbangan kes antara tingkahlaku kepimpinan Tun Mahathir dan kepimpinan DS Najib. Gunakan segala kesungguhan dan semangat yang sama untuk mencari kebenaran mengenai perjanjian di zaman Tun Mahathir dan zaman DS Najib.

■ DS Najib telah disiasat oleh SPRM, AG, PDRM di dalam kes 1MDB dan Tabung Haji. Bagaimanahkah sekiranya ada cadangan untuk SPRM, AG, PDRM melakukan perkara yang sama terhadap Tun Mahathir supaya menyiasat Maju holdings Sdn Bhd dan Tabung Haji?. Adakah Tun Mahathir akan menjawab segala2 persoalan yang dilontarkan?. Adakah rakyat akan mengkritik beliau?.

P/S untuk makluman Tabung Haji bagi tahun kewangan 2015 (zaman Najib) telah mencatat untung bersih sebanyak RM3.53 billion dan satu keuntungan bersih paling tinggi dalam sejarah operasi Tabung Haji

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana