MB Terengganu sendiri terkejut pasal senarai calon PRU14…

"Saya amat kecewa atas sikap tidak bertanggungjawab pihak akhbar terbabit yang membesarkan perkara ini sedangkan kita dalam UMNO Terengganu tak ambil kisah sangat kerana kita belum hantar pun senarai nama...kenapa laporan tersebut perlu ditafsirkan sebagai senarai bocor? Bocornya daripada mana?

"Itu yang kita amat terkejut sebab pihak Majlis Tertinggi (UMNO) belum lagi minta senarai nama. Saya bimbang, nanti akan keluar lagi nama baru. Setakat ini perbincangan pun belum ada, tak fikir pun lagi hal ini," katanya.

Itu kata Badan Perhubungan UMNO Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan ada mengeluarkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, seperti yang disiarkan sebuah akhbar.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata beliau kesal dengan laporan berita tersebut yang hanya berpandukan sumber daripada aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Himpunan Jentera Penerangan UMNO Terengganu, yang dihadiri Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Ahmad Razif berkata semua pihak juga seharusnya mendapatkan berita sahih daripada sumber yang sah sebelum menerbitkannya.

Ditanya keadaan UMNO di Terengganu, Ahmad Razif berkata UMNO negeri ini masih dalam keadaan kuat dan sedang dalam persiapan untuk menghadapi PRU14.

"Sebenarnya tak ada pergolakan sangat di negeri ini tetapi sudah pasti ada 'tangan-tangan' (pihak) yang tidak senang melihat kekuatan UMNO, sama juga seperti yang berlaku di peringkat pusat.

"Sebab itu saya nampak ada gangguan yang sedang dilakukan daripada pihak tertentu termasuklah mengedarkan senarai nama. Apa tujuannya? Tak lain tak bukan untuk menimbulkan konflik sesama kita. Perkara ini tidak akan jadi halangan dan tak perlu diambil cakna sangat," katanya.

Ahmad Razif berkata apa yang penting jentera UMNO haruslah sentiasa bersedia dan diperkukuhkan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana