MB Perak jawab isu ‘katak’ ditimbulkan DAP

Masih geram dengan  isu “lompat parti” gara-gara kejatuhan kerajaan  Pakatan Rakyat pada 2009 menyaksikan perlantikan Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir  sebagai Menteri Besar Perak, isu sama sekali lagi ditimbulkan—juga oleh DAP.

Tetapi kali ini isunya dan nadanya agak lain seolah-olah situkang nyanyi  berhati-hati menyusun ayat agar agenda tersirat tidak terdedah.

Isu lompat atau disebut “politik katak” ditimbulkan oleh seorang pemimpin DAP ditengah-tengah isu kerajaan BN di Perak  boleh jatuh sebelum PRU ke14 lagi ekoran wakil-wakil rakyatnya bakal berpindah parti seperti didakwa Tun Mahathir.

Bagi Ngah Kor Ming, Pengerusi DAP negeri seperti dilapor sebuah akhbar berbahasa Melayu isu lompat parti boleh dihalang (kalau BN berani?) jika satu enakmen dibawa ke sidang DUN Perak pada 15 November ini dan diluluskan.

Beliau mencabar Menteri Besar Perak membawa isu ini ke sidang DUN akan datang.

Mungkin cabaran terbaru Nga, yang juga ADUN Kepayang itu bunyinya baik tetapi bagi Dr Zambry  sikap  Nga Kor Ming yang berlakon menjadi seorang pejuang anti-lompat parti menghairankan.

Jika dibaca kenyataan media Menteri Besar Perak itu yang dihantar melalui khidmat  pesanan SMS pagi tadi terdapat satu sindiran tajam  pada Nga dan pembangkang.

Menteri Besar berkata kelakuan pemimpin DAP itu adalah sekadar berpura-pura dan kononnya beliau dan parti pimpinannya adalah yang paling suci dan terbaik dalam menentang sebarang usaha lompat parti.

"Kenapa beliau mahu mencabar saya? Cabarlah orang yang mengemukakan cadangan itu sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Seperkara lagi, kalau Kor Ming jujur, saya cabar beliau menempelak tindakan Datuk Seri Nizar (Jamaluddin) yang melompat parti dari PAS ke Amanah,"katanya.

Menteri Besar itu turut mengingatkan bahawa antara tindakan yang paling hipokrit Kor Ming dan wakil rakyat DAP adalah apabila Nizar yang juga ADUN Changkat Jering terus dinobatkan sebagai ketua pembangkang.

"Inilah tingkah laku Kor Ming dan DAP iaitu apa saja tindakan mereka disucikan dan dihalalkan.

"Jadi saya nasihatkan Nga teropong-teroponglah diri.

"Tanyalah diri sendiri, akan lakonan-lakonan yang cuba dipentaskan seolah-olah fikiran rakyat boleh dibentuk ikut cita rasa dia,"katanya lagi.

Kor Ming juga mencabar wakil-wakil rakyat BN supaya membuat usul serta meluluskan enakmen anti lompat parti pada sidang DUN pada 15 November ini.

Katanya melalui enakmen itu, mana-mana wakil rakyat yang melompat parti maka pilihan raya kecil wajib diadakan dalam tempoh 60 hari.

Kor Ming berkata jawatan Menteri Besar yang dipegang Dr Zambry kini adalah disebabkan wakil rakyat yang melompat parti pada 2009.

Justeru katanya  sekiranya Dr Zambry tidak menyokong usul ini maka secara jelas beliau menyokong politik ‘katak’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana