Mana sedozen saksi alibi Anwar... tanya penyokong Saiful

Kumpulan penyokong mangsa jenazah seksual Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan menarik perhatian orang ramai di Mahkamah Persekutuan pada Rabu dengan berbagai banting.

Kumpulan tersebut berkumpul di sebelah saya kiri Istana Kehakiman dan mereka mengecam tindakan Anwar dan penyokong pembangkang yang didakwanya mempolitikkan kes liwat.

Rata-rata mereka memegang sepanduk dan poster mengecam Anwar dan menganggap pemimpin politik itu sebagai penjenayah kerana tidak menghormati sistem keadilan di negara ini.

Antara sepandung yang menarik adalah mempersoalkan dimana sedozen saksi alibi Anwar yang digembar-gemburkan dulu.

Kumpulan kira-kira 50 orang itu yang memperjuangkan “Keadilan untuk Saiful” berhimpun di luar Istana Kehakiman sejak pagi.

Salleh Ismail yang mengetuai kumpulan berkata, mereka menentang perbicaraan Anwar yang sering ditangguhkan dan menyifatkan tindakan merujuk bekas ketua pembangkang itu sebagai tahanan politik, tidak munasabah.

“Kami berada di sini hari ini kerana Anwar masih tidak boleh menjelaskan bagaimana sperma dia ditemui di badan Saiful.

“Malah, peguamnya juga tidak boleh menjelaskannya dan mereka menangguhkan perbicaraan sebanyak 69 kali. Sebaliknya, mereka asyik kata Anwar adalah tahanan politik,” katanya.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, memohon untuk mengetepikan keputusan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mendapati dia bersalah meliwat Saiful Bukhari, pada 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana