Mana boleh senarai hitam sesuka hati...Padan Muka

Pandai takut sumber kewangan mereka yg akan hilang. Bagaikan anjing yg menggigit tangan yg beri makan? Baik beri makanan binatang yg berbakti lagi tidak menggigit!

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak boleh menyenaraihitamkan mana-mana syarikat yang dikaitkan dengan parti politik tertentu secara sesuka hati berikutan negara ini mempunyai undang-undang.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sekiranya sesebuah syarikat tidak mempunyai bukti dan pemberian dana yang diberikan kepada parti politik tersebut tidak mempunyai undang-undang, maka kerajaan tiada hak untuk menyenaraihitamkan syarikat terbabit.

"Sekiranya kerajaan ingin senarai hitam dan sebagainya, mereka kena ingat yang ia tertakluk kepada undang-undang.

"Bukan mudah-mudah boleh blacklist kerana mereka akan disaman ekoran tindakan tersebut,"katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor juga menyenaraihitamkan banyak syarikat yang dikaitkan dengan parti-parti politik tertentu.

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan bahawa isu yang ditimbulkan oleh Abdul Rahman tersebut dianggap sebagai mainan politik bagi menutup segala kelemahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Apa yang saya fikir, mereka cuba mengalihkan perhatian terhadap isu sebenar yang berlaku di negara ini,"katanya.

Tambah Rafizi, sebagai menteri di JPM, Abdul Rahman sepatutnya bertanggungjawab dan menumpukan untuk menjaga ekonomi negara ini.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment