Malaysia muflis...? BR1M naik, elaun imam, guru KAFA naik

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diiktiraf sebagai antara program penyaluran subsidi tersasar terbaik di dunia bukan sahaja tidak dihapuskan dalam pembentangan Bajet 2017 petang Khamis, bahkan dinaikkan lagi kadarnya.

Tindakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak itu sudah pasti menutup rapat mulut-mulut jahat pembangkang bahawa Malaysia akan muflis.

Bukan itu sahaja, sebanyak 15,000 imam di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di seluruh negara akan menerima manfaat kenaikan elaun daripada RM750 kepada RM850 sebulan.

Manakala RM500 pula akan diberikan secara one-off kepada hampir 16,000 bilal dan siak di seluruh tanah air.

“Elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 sebulan, sekaligus memanfaatkan hampir 33,000 guru,” katanya.

Pihak pembangkang di Dewan Rakyat yang panas hati dengan pengumuman segala kenaikan elaun itu keluar beramai-ramai selepas membuat bising dalam dewan.

Mengenai kenaikan BR1M, kata Najib kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

"Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, pemberian BR1M akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

"Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450," katanya ketika membentangkan bajet bertajuk 'Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh.'

Selain itu Skim Khairat Kematian akan diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas.

Perdana menteri berkata, keseluruhan program BR1M ini akan memanfaatkan seramai tujuh juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion.

BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada 2013, BR1M 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Pada 2014 BR1M 3.0, bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, bantuan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

BR1M 3.0 diperluas kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Dalam Bajet 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M 4.0 kepada RM950 daripada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dibayar secara tiga kali ansuran iaitu pada Januari, Mei dan September.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 manakala bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

Dalam Bajet 2016, BR1M untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000. Pemberian BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800 manakala bagi individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana