Mahkamah Persekutuan perintah pemimpin Bersih dibicarakan...Bagus lah Tu...Nanti Buat Lagi Tak Puashati Buat Lagi

Mahkamah Persekutuan memerintahkan tujuh individu termasuk tiga anggota Parlimen (MP) dibicara terlebih dahulu bagi pertuduhan menyertai perhimpunan protes jalanan sebelum mereka boleh mengemukakan permohonan untuk mencabar perlembagaan di mahkamah itu (Mahkamah Persekutuan).  

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim mahu mereka dibicarakan untuk membolehkan Mahkamah Majistret mendapatkan fakta mengenai sama ada protes jalanan telah berlangsung atau tidak.  

“Bagi diri saya, perkara ini adalah bersifat akademik. Kembali semula ke mahkamah rendah dan biar pihak pendakwaan buktikan terlebih dahulu bahawa protes jalanan telah berlangsung, kemudian kembali semula kepada kami. Kami akan dengar hujahan anda.      

“Jika mereka dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen (pada akhir kes pihak pendakwaan) dengan itu, tiada apa untuk dicabar,” kata Arifin.  

Beliau berkata individu berkenaan bebas memfailkan rujukan untuk mencabar perlembagaan berkaitan protes jalanan, sebaik sahaja Mahkamah Sesyen memperoleh dapatan dan membuat keputusan berhubung isu itu.

Arifin tidak membuat sebarang keputusan berhubung permohonan rujukan yang dikemukakan oleh tujuh individu berkenaan.

Individu terbabit ialah Adam Adli Abdul Halim dan Mohd Fariz Abd Talib @ Musa, pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, anggota jawatankuasa Bersih 2.0 Mandeep Singh, MP Bayan Baru Sim Tze Tzin, MP Bandar Kuching Chong Chieng Jen dan MP Stampin Julian Tan Kok Ping.    

Mereka masing-masing menghadapi pertuduhan menyertai perhimpunan ‘Kita Lawan’ dari kompleks beli-belah Sogo melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 28 Feb dan Jalan Tun Perak pada 28 Mac, kedua-duanya tahun lepas dan perhimpunan Bersih 4 di Kuching pada 29 Ogos, tahun lepas mengikut Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA).    

Mereka diberikan kebenaran oleh Mahkamah Tinggi untuk mengemukakan rujukan ke Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan pertuduhan yang mereka hadapi di sisi perlembagaan.

Mereka mahu Mahkamah Persekutuan menentukan dua persoalan undang-undang, termasuk persoalan sama ada Seksyen 4(1)(2) dan 4(2)(c) PAA yang melarang penganjuran dan penyertaan dalam protes jalanan adalah tidak konsisten dengan Perkara 10 (1) (a), Perkara 10 (1) dan Perkara 10 (2) (kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan) Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Gobind Singh Deo, mewakili Chong dan Tan, memohon mahkamah mendengar rujukan itu kerana menurutnya tiada fakta diperlukan untuk memutuskan dari segi perlembagaan dalam seksyen itu.

Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud, yang mewakili pihak pendakwaan bersetuju dengan pandangan mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana