Mahathir Seru Rakyat Undi Barisan Nasional Di Program Amanah

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengejutkan ramai penyokong serta pengikutnya di Shah Alam, apabila menyeru rakyat mengundi Barisan Nasional di Pilihanraya Umum akan datang.

Ketika berucap di pentas Parti Amanah Rakyat (PAN) semalam, Mahathir secara tak sengaja melaungkan ‘Undilah Barisan Nasional’ dihadapan hadirin.

Ramai dikalangan yang hadir terpinga-pinga serta ada yang hanya mampu ketawa, apabila Penasihat Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu bercakap sedemikian.

Mahathir kemudiannya dengan segera membetulkan kenyataan beliau dan berkali-kali meminta maaf kerana mendakwa dirinya tersasul serta terbiasa dengan ucapan tersebut.

Mahathir juga menyeru agar orang ramai tidak lagi memberi undi kepada kerajaan, yang disifatkannya sebagai sangat korup dan penuh dengan skandal rasuah serta penyelewengan.

Selain itu, didalam ceramahnya juga Mahathir mahu rakyat melakukan sesuatu di Pilihanraya Umum ke-14 nanti, agar kerajaan pimpinan DS Najib Razak akan dapat digulingkan.

Menurut Mahathir, rakyat kini sudah teruk ditindas serta menjadi pengemis di negara sendiri berpunca dari pentadbiran Najib yang merompak duit rakyat, demi untuk kekayaan kroni serta keluarga sendiri.

Sebelum ini, kerajaan pimpinan Mahathir dianggap mengamalkan kronisme oleh Anwar Ibrahim serta pembangkang di Malaysia. Mahathir juga di gelar Mahafiraun kerana memerintah negara dengan gaya diktator.

Masalah dalam negara juga sangat teruk di zaman Mahathir hinggakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu ditahan atas tuduhan salahguna kuasa dan juga salahlaku seks.

Kini Mahathir berlakon suci dan sibuk menuduh pemimpin kerajaan sangat korup dan mengamalkan kronisme, walhal dizamannya sendiri sangat sinonim dengan kedua-dua amalan jijik tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana