Mahathir percaya Anwar meliwat... tapi berdamai untuk jatuhkan PM

Jauh disudut hati bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad beliau yakin dan percaya bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah kerana meliwat, cuba sebab politik dan egonya mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, beliau dan Anwar terpaksa berdamai.

Baginya tiada musuh dan kawan yang abadi dalam politik dan matlamat menghalalkan cara.

Menurut Mahathir, Anwar telah dibuktikan bersalah sejurus selepas pihak berkuasa mengemukakan bukti kepada mahkamah.

“Polis kata mereka ada bukti, itu urusan mereka untuk putuskan (dakwa Anwar di mahakamah),” katanya dipetik wawancaranya bersama portal Malaysiakini.

Anwar pertama kali disabitkan kesalahan meliwat pada 1998. Kini bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjarakan buat kali kedua, selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar dan keluarganya mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.

Malah Mahathir sendiri dituduh mendalangi tuduhan liwat ke atas Anwar.

Bekas presiden UMNO itu memberitahu, beliau tidak tahu menahu jika tuduhan liwat kali kedua adalah konspirasi pihak tertentu terhadap Anwar.

“Saya tidak tahu, ia berlaku selepas saya letak jawatan (sebagai perdana menteri),” ujar Mahathir.

Mahathir dalam pada itu memberitahu beliau dan Anwar sudah berdamai.

Ini berbeza dengan kenyataannya ketika tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bulan lalu, bahawa beliau hadir untuk menyokong usaha Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dan bukannya untuk berdamai.

Ditanya sama ada beliau rasa tiada lagi perseteruan akibat sengketa lama antaranya mereka berdua, Mahathir berkata:

“Saya patut harap begitu”.

Dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula, Mahathir mengakui tidak tahu untuk mengukur 'jarak kerjasama' dalam kalangan partipembangkang tetapi tetap berusaha bagi membentuk satu pakatan sebagai persediaan menentang Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana