Mahathir kata kerajaan tak de duit yang mencukupi bagi melaksanakan Bajet 2017....Sudah lah Madeyyy

Kalau macam tu bermula tahun 2017 juga semua penjawat awam di Malaysia ni tak de gaji dan akan dijadikan sebagai buruh paksa.

Sekiranya penjawat awam bekerja tanpa gaji dan hidup mereka akan merana kerana segala keperluan hidup mereka tidak dapat ditunaikan.

Itulah konklusi yang dapat dibuat ke atas kenyataan Mahathir yang menyerang bajet yang akan dibentangkan Najib pada esok hari (21 Okt 2016).

Betapa ceteknya pemikiran seorang bekas mantan PM yang digelar Negarawan terulung yang dapat memerintah selama 22 tahun.

Bukankah dia dah banyak belajar dari beberapa siri serangan matawang dan kegawatan yang pernah dilaluinya sepanjang menjadi PM.

BNM juga telah mengeluarkan jumlah rizab negara sebanyak RM382.1 billion bersamaan AS$97.2 billion pada 15 April 2016. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Dari jumlah itu, AS$89.2 billion merupakan rizab mata wang asing.

Apa lagi yang Mahathir mahukan? Najib bukan tidak tahu hal ekonomi dan tidak pandai mentadbir negara. Tapi angkara orang yang membuat fitnah seperti Mahathir inilah imej sesebuah negara dan pemimpinnya boleh terkesan dan tercalar.

Jangan percaya kata kata Mahathir. Dia dah bersekongkol dengan musuh negara dan mengkhianati perjuangan bangsa dan agamanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana