Mahathir ‘Bukan’ Diktator, ‘Orang Lain’ Yang Diktator…

Siapa yang kenal dengan taktik dan gaya politik Tun Dr Mahathir Mohamad, maka mereka sudah tentu akan setuju jika dikatakan dia sangat suka memberikan kenyataan sinis yang tajam kepada pengkritik-pengkritiknya.
Jika dia dikatakan kaya-raya, maka mungkin dia akan secara sinis mengaku diri lebih kaya dari Qarun seraya meminta supaya disiasat akaun banknya. Jika dikritik dia sebagai diktator, maka dia mengaku dirinya diktator selama 22 tahun, manakala Majlis Tertinggi UMNO dan Menteri-Menteri Kabinet di zamannya semua dungu-dungu belaka.
Itu cara Mahathir. Dari zaman dia memerintah dulu, dia memang begitu. Setiap kali diserang DAP, PAS dan PKR dulu, itulah cara paling kerap dia gunakan. Secara tidak langsung, ‘ayat makan dalam’nya itu akan berjaya meyakinkan mereka yang mendengar kononnya tuduhan yang dilempar padanya ‘tidak benar’.
Benarkah dia bukan ‘diktator’ ketika menjadi Perdana Menteri dulu? Mungkin benar dia ‘bukan’ diktator. Kerana itulah Tun Musa Hitam ‘kekal’ menjadi Timbalan Perdana Menterinya sehingga dia tidak lagi menjadi Perdana Menteri? Ku Li dan rakan-rakannya pula ‘tidak’ pernah disekat untuk menyertai UMNO semula dulu…
Mungkin benar dia tidak ‘diktator’, maka kerana itulah semua Majlis Tertinggi UMNO dan menteri-menteri kabinet di zamannya begitu ;lantang mengkritiknya secara terbuka’ di dada-dada akhbar tentang segala kontroversi dan tuduhan yang dilempar terhadap dirinya.
Penulis yakin, ramai yang ‘ingat’ tentang menteri-menterinya yang ‘menempelak’ Perdana Menteri ketika itu tentang skandal MAS, tentang ‘bail out’ RM1.8 bilion, tentang Maminco Makuwasa, kroni-kroni dan amalan nepotisme, bukan? Cuba senaraikan sendiri…
Padanlah MT-MT dahulu begitu hebat ‘mengkritik’ Mahathir secara terbuka mengenai dakwaan penulis buku, Barry Wain, yang berjudul ‘Malaysian Maverick’ yang mendakwa dia menjadi punca negara ini ‘hilang’ RM50 bilion dulu. Berapa nilai RM50 bilion di zaman ini? ‘Malaysian Maverick’ ketika itu umpama ‘Sarawak Report’ di zaman ini…
Sementara itu, Lim Kit Siang, Mat Sabu dan ramai lagi pemimpin politik di zamannya ‘tidak pernah’ ditangkap dan dihumban ke penjara di bawah ISA. ISA dulu ‘tidak pernah’ digunakan pun, hanya sekadar ada sahaja, bukan?
Malah penulis difahamkan, ‘tidak pernah’ seorang pun menteri atau timbalan menteri yang digugur atau disingkir dari kabinet kerana ‘bertelagah’ dengan dia. Semuanya ‘tidak’ dungu, ‘bijaksana’, ‘tidak’ mengamalkan budaya ‘angguk kepala’ dan ‘lantang-lantang’ belaka.
Penulis yakin, kerana ‘tidak’ bersifat diktatorlah maka kuasa Raja-Raja Melayu ‘tidak pernah’ dia usik sedikit pun dulu. ‘Tidak’ ada seorang pun hakim mahkamah yang dia pecat. Yang singkirkan Tun Salleh Abas kerana haramkan ‘UMNO lama’ dulu ‘bukan’ dia, orang lain!
Kerana itulah penulis yang kenal politik di zaman Mahathir dulu ‘yakin, seyakin-yakinnya’ bahawa dia ‘bukan’ diktator. Dia sangat ‘merendah diri’ orangnya. Tidak pernah pun ‘tolak’ hudud. Bak kata ‘pemakan dedak’, dia ‘suci-sesuci’nya, kan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana