Madey Tanggung Malu Lagi....Berat Berat Kalau Begini Caranya

Setelah berusaha siang dan malam untuk meraih perhatian istana, termasuk melakukan suatu perkara yang tidak pernah dilakukan olehnya sepanjang berkuasa, iatu meminta maaf, hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terpaksa menanggung malu buat kesekian kalinya.

Sebelum ini, Mahathir berusaha keras untuk meyakinkan Yang DiPertuan Agong untuk bertindak memecat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bersandarkan kepada Deklarasi Rakyat yang beliau usung untuk dijadikan bukti rakyat menolak pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib.
Malangnya, Paduka Tuanku menolak sebarang campur tangan istana dalam urusan pentadbiran negara kerana Baginda khuatir, sebarang campur tangan istana memungkinkan keadaan negara bertukar menjadi kucar kacir. Ini menjadikan usaha Mahathir sekali lagi dihampakan buat kesekian kalinya.

Tidak berputus asa, beliau mengutus sepucuk surat kepada Majlis Raja-Raja untuk mendesak majlis berkenaan bertindak membincangkan kemungkinan untuk memecat Datuk Seri Mohd Najib. Tanpa memperdulikan perundangan negara, Mahathir merasakan, kehendaknya akan dipenuhi oleh Majlis Raja-Raja, juga bersandarkan kepada Deklarasi Rakyat yang kononnya mendapat 1.4 juta tandatangan.

Tidak cukup dengan surat, beliau menerusi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggerakkan sekumpulan pentaksub Mahathir berhimpun di pagar Istana Negara bagi memberi tekanan Kebawah Duli Tuanku untuk akur kepada kehendak Mahathir. Kumpulan yang mengenakan baju putih ini melaungkan "Daulat Tuanku" setiap kali kenderaan DiRaja memasuki perkarangan istana.
Namun malangnya, Majlis Raja-Raja mengambil keputusan untuk menolak cubaan Mahathir untuk mendesak Majlis Raja-Raja membincangkan pemecatan Perdana Menteri. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja, pihak majlis tidak mempunyai kuasa untuk membincangkan pemecatan seseorang Perdana Menteri pada persidangan Majlis Raja-Raja.

Menurut kenyataan berkenaan, tidak ada klausa dan peruntukan untuk Kebawah Duli-Duli Tuanku untuk mengambil keputusan berkenaan kerana hak untuk melantik Perdana Menteri adalah dibawah kuasa eksekutif Yang DiPertuan Agong, bukan ditangan Paduka Sultan-Sultan.
Sekali lagi Mahathir dimalukan dengan tindakan bodohnya sendiri. Mana mungkin Mahathir tidak mengetahui peraturan dan Perundangan Negara sehingga tergamak melakukan perkara bodoh sebegini. Lebih malang lagi, para pentaksubnya turut dibodohkan Mahathir kononnya Kebawah Duli-Duli Tuanku akan mengikut segala kemahuannya.

Selepas melihat kegagalannya ini, apa lagi tindakan Mahathir selepas ini? Adakah beliau akan menghantar petisyen kepada Ratu Elizerbeth di England setelah mengambil kira Baginda merupakan ketua bagi negara-negara Komanwel? Adakah beliau akan menjemput kuasa asing pula untuk masuk campur memporak perandakan negara?

Inilah wajah sebenar Mahathir yang telah membutakan mata dan hati pentaksubnya. Bagi pentaksubnya, apa sahaja yang dilakukan Mahathir adalah suci demi untuk negara, walhal, setiap satu tindakannya kini, jelas untuk kemahuan dirinya serta memperbodohkan pengikutnya hanya untuk kuasa dan dendam. Inilah kebodohan Mahathir yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapapun dari pihak pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana