Madey Ingat Dia Ni Hebat!!!!! Apa Perlu Ikut Pribumi Jika Agong Pun Tidak Yakin Dengan Mahathir?

Dari setiap butir katata-Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media yang beliau lakukan kelmarin berhubung apa yang sebenarnya berlaku sewaktu beliau mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong bulan lalu, nyata sekali nada beliau ada unsur kecewa.

Manakan tidak dari ungkapan beliau, dapat dirumuskan bahawa beliau mengakui, beliau gagal meyakinkan Kebawah Duli Baginda untuk memecat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak daripada jawatannya selaku Perdana Menteri. Jelas, Baginda sendiri meragui alasan yang dikemukakan oleh Mahathir bagi mewajarkan tindakan berkenaan dibuat.

Jika kita fahami undang-undang negara mengenai pemilihan seseorang Perdana Menteri, mudah disimpulkan bahawa Mahathir dan PPBM sememnangnya sengaja untuk buat tidak faham mengenainya. Beenar, Kebawah Duli Baginda mempunyai hak untuk melantik atau menukar seseorang Perdana Menteri mengikut budi bicara baginda.

Namun harus diingat, sebarang keputusan hanya boleh diambil setelah semua 9 orang Sultan dan Raja-Raja Melayu serta 4 orang Yang DiPertua Negeri bersetuju dengan cadangan penukaran Perdana Menteri setelah mereka berbincang di Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Itupun jika pihak yang mencadangkan itu mempunyai alasan yang kukuh serta boleh mendatangkan mudarat kepada rakyat jika beliau terus menyadang jawatan berkenaan.

Setelah penolakan secara jelas Kebawah Duli Baginda, persoalannya, masihkah kita perlu mempercayai apa yang diperjuangkan poleh Mahathir menerusi PPBM? Andai kita menjunjung Rukun Negara yang meletakkan kepercayaan kepada Raja sebagai salah satu daripada Rukun Negara, pastinya kita akan menolak kewujudan PPBM dan perjuangan Mahathir ini.

Ini kerana, Mahathir secara jelas mahu menjatuhkan kedudukan Perdana Menteri menerusi jalan belakang, bukan amalan demokrasi seperti biasa. Beliau menjadikan PPBM sebagai satu batu loncatan untuk beliau meyakinkan Yang DiPertuan Agong bagi mencapai hasrat dan kemahuan peribadinya.

Persoalannya, wajarkah kita menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap PPBM sedangkan Yang DiPertuan Agong sendiri tidak yakin dengan apa yang diperjelaskan oleh Mahathir serta meragui penjelasannya? Secara sinis, penolakan Yang DiPertuan Agong terhadap penjelasan Mahathir, bolehlah diibaratkan penolakan golongan Istana terhadap percubaan memecah belahkan orang melayu hanya demi kuasa.

Kebawah Duli Tuanku nyata menggunakan helah dan penolakan yang cukup bijak bagi menjaga kebajikan dan keharmonian negara ini dari terus diganggu gugat oleh sebarang anasir samada dari dalam mahupun luar negara. Baginda pasti boleh menilai, Memanda Menterinya menjalankan tugas dengan baik atau sebaliknya.

Tiada siapa pun dapat menghasut Istana untuk mendengar penjelasan dari sebelah pihak yang berhajat mahu menjadikan baginda sebagai bahan untuk memuaskan nafsu peribadinya, termasuk Tun Dr Mahathir sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana