Mad Sabu & Fantasi Politiknya

SEJAK wujudnya Pribumi, pembangkang yang diketuai mayat hidup bernama Mahathir ini semakin celaru dengan PAS yang dulu jadi musuh, kini cuba diajak berbaik-baik.  Paling menarik, PAN – parti serpihan PAS yang ditubuh DAP dengan mencuri bekas-bekas pemimpin termasuk wakil rakyat dan ahlinya, turut dengan tidak malunya mahu ikut sama berunding kerjasama dengan PAS semula.

Mabuk macam mana kah ini?

Tidak ini namanya kerja sia-sia?  Sama sia-sia seperti Mahathir menggunakan Deklarasi Rakyat dan Majlis Raja-Raja untuk mendesak Perdana Menteri melepaskan jawatan?  Siapa gila mahu perundingan yang macam ini dan orang macam itu?

Dah kau pecah belahkan PAS, lepas tu nak ajak dia berunding balik macam mana nak satukan pembangkang untuk lawan BN dalam PRU14 yang akan datang?  Tak masuk akal sungguh.

Bukan setakat itu, ada pulak maki hamun dan kata mengata, terutama masa kempen PRN Sarawak dan 2 PRK selepas itu di Sg Besar dan Kuala Kangsar, sekarang senang-senang mau pujuk balik.  PAN ni sedar ke tidak apa yang dia cakap?

Hashim Jasin sendiri sebagai Mursyidul Am yang baru dah tutup semua pintu rundingan dengan DAP dan sekutu-sekutunya (PAN termasuklah sekali), nak pujuk apa lagi?

Maka tak hairan kenapa ramai melihat ini sebagai bukti pembangkang berada dalam keadaan tidak keruan.  Ingat tambah parti baru dan dipimpin mayat hidup, akan bertambah kekuatannya, rupa-rupa, makan teruk pulak jadinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana