Lancar dan meriah sidang UMNO Bahagian di kubu Shafie Apdal...

 Perhatian bertumpu ke Semporna di Sabah Sabtu bila UMNO Bahagian Semporna adakan sidang perwakilan tahunan di Dewan Masyarakat Semporna.

Sudah tentu ramai ingin tahu apa cerita keadaan di UMNO bahagian itu setelah ‘dilepaskan’ oleh Datuk Shafie Apdal yang jadi pemimpin di situ sejak 25 tahun lampau.

Sebelum ini sudah berlegar dakwaan kononya UMNO Bahagian Semporna lumpuh dan kucar kacir.

Shafie ,bekas Naib Presiden UMMO dan bekas menteri kini mengetuai Parti Warisan Sabah,yakni sebuah parti tempatan yang dijenamakan semula untuk berentap dengan BN masa PRU14 nanti.

Sabah adalah negeri strategik dan dikira ‘ fixed deposit’ BN.

UMNO Bahagian Semporna adalah bahagian terakhir adakan sidang perwakilan.

Sebaliknya siapa saja yang berada di sekitar Dewan Masyarakat Semporna pagi Sabtu tentu tertanya-tanya apakah ada asas dakwaan yang cuba mengambarkan UMNO Bahagian Semporna sudha tempang sejak ketiadaan Shafie.

Perasmian sidang perwakilan itu di sempurnakan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Suasana majlis memang cukup meriah.Dewan penuh sesak dihadiri sekitar 3,000 orang perwakilan dan ahli UMNO.

Hishamuddin diberi sambutan hangat . Majlis diserikan oleh upacara menaikkan bendera UMNO di pekarangan dewan dengan diiringi lagu keramat Melayu UMNO.

Hadir sama di majlis itu Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Yahya Hussin; bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai serta Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment