KRISIS AIR DIANGGAP MAINAN PROPAGANDA UMNO KATA AZMIN?

Inilah hebatnya menjadi pembangkang, apa sahaja berlaku musibah, malah keadaan krisis air contohnya di Selangor bertahun-tahun sejak PKR dan sekutunya mengambil alih tampuk kuasa sejak 2008.
Namun keadaan yang kritikal tetap berlaku, salah menyalah tetap diteruskan, Hebatnya Azmin bermain politik ibarat mengenyangkan dirinya dengan kuasa.

Serang yang bertali arus terhadap kerajaan Selangor ibarat melemparkan bunga cinta yang menguatkan mereka sahaja.
Rakyat Selangor yang pilih, kerana mereka beranggapan kerajaan pimpinan Azmin terlalu hebat dan berjiwa rakyat.

Ceritalah apa sahaja tentang kebobrokan mereka, walau terang-terang memang teruk dan buruk. Rakyat Selangor tetap memilih PKR di pilihanraya akan datang.

Inilah dia permainan politik kuasa yang dipelajari daripada Yahudi. Nampak macam indah, tetapi hakikatnya terlampau bahalol dan badigol memerintah.

Tidak tahu apakah yang difikirkan oleh rakyat Selangor, mereka memang memilih kerosakan dan kebobrokan kerana dendamkan UMNO.

Betullah kata pujangga. Nikmat apa yang kamu dustakan wahai manusia.

Kerajaan perseketuan juga akan sebegitu, mereka pegang kuasa, kita pasti merana, bukti-bukti nyata dah nampak di Selangor dan Pulau Pinang, tetapi apakan daya, mereka dibutakan dengan satu persepsi politik, iaitu kuasa menipu.

Tahniah kepada anda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana