Konvoi Bersih 5 terus diasak Baju Merah

Meskipun berlaku sedikit kekecohan di beberapa buah lokasi konvoi BERSIH 5, namun ia tetap berjaya dikawal pihak polis.

Ketegangan berlaku di Kota Tinggi (Johor), Baling (Kedah), Sabak Bernam (Selangor), dan Telok Intan (Perak) dalam konvoi anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu.

Di Kota Tinggi, 20 anggota baju merah menyekat konvoi dari selatan dan mahu mereka untuk berhenti daripada meneruskan perjalanan ke Kluang.

Namun, mereka semua bersetuju untuk bersurai setelah mengadakan rundingan dengan pihak polis.

Di Sabak Bernam pula kira-kira 100 anggota baju merah berkumpul dengan tujuan untuk menyekat laluan BERSIH dari Perak ke Selangor.

Polis menganggarkan kira-kira 200 penyokong BERSIH dan 400 dari kumpulan baju merah yang diketuai Datuk Jamal Yunos di Sabak Bernam.

Sabtu merupakan hari ketiga konvoi berkenaan berlangsung di seluruh negara, dan mereka berlepas daripada enam lokasi untuk mempromosi perhimpunan kelima gerakan itu pada 19 November depan.

Mereka berlepas dari Sungai Petani, Kedah; Kulai, Johor; Kota Bharu, Kelantan; Teluk Intan, Perak; Bintulu, Sarawak dan Tawau, Sabah.

Konvoi itu adalah sebahagian daripada jelajah BERSIH selama tujuh minggu untuk mempromosi perhimpunan BERSIH 5 yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana