KM P. Pinang yang bongkak....Penyokong DAP Menengakkan Benang Yang Basah...Ptuihhh

PULAU PINANG 30 Sept. - Lebih 200 orang berkumpul di hadapan kompleks Mahkamah Tinggi di sini hari ini ketika berlangsungnya pengurusan kes mahkamah membabitkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Selain majoriti mereka yang merupakan penyokong DAP, turut kelihatan kumpulan orang ramai yang berhimpun bagi menuntut Ketua Menteri berkenaan meletakkan jawatan ekoran pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya tiba kira-kira pukul 8.45 pagi bersama-sama barisan peguam beliau antaranya Gobind Singh Deo; Ramkarpal Singh dan RSN Rayer.

Bagaimanapun kelibat Li Koon tidak kelihatan sehingga pukul 9 pagi ini.

Guan Eng sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Beliau berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Li Koon, 44, pula mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan bersubahat dengan Ketua Menteri itu mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 22 September lalu bagi pengurusan kes namun tarikh itu dilapangkan dan ditetapkan ke hari ini.

Ini berikutan Li Koon melantik peguam baharu iaitu Hisyam Teh Poh Teik bagi menggantikan peguam terdahulu, Datuk K. Kumaraendran dan kes itu disebut di hadapan Hakim baharu iaitu Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana