Kisah pembangkang nak tawan Perak ikut pintu belakang

Kebelakangan ini ada nada kebimbangan mengenai kedudukan Barisan Nasional negeri Perak ekoran serangan bertubi-tubi dari pembangkang diketuai siapa lagi kalau bukan Tun Mahathir Mohamed.

Dari gambaran awal pembangkang nampak yakin akan menawan  Perak sebelum PRU ke14 lagi iaitu kali ini melalui pintu belakang pula-- ada wakil rakyat BN bakal lompat parti. Tapi itu baru dakwaan mereka.

Tanpa menyebut nama-nama wakil rakyat BN yang bakal berpindah parti, orang kuat pembangkang yang juga mantan Perdana Menteri itu, yang dilihat kini sebagai musuh utama UMNO  seperti yakin hal ini akan berlaku.

Perkembangan terbaru ini menjelaskan serangan terbaru dan perang psywar yang dilancarkan pembangkang sudah bermula. Kini umum tunggu “ramalan” mahaguru  politik itu.

Berita terbaru sudahpun tersebar apabila mereka menyerang  kawasan Manjung, yang terletak dalam parlimen Lumut. Untuk rekod Manjung berada dalam kawasan Lumut, yang diketuai Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir selaku Ketua UMNO bahagian Lumut dan ADUN Pangkor.

Kalau sebelum ini lazimnya  serangan pembangkang  dijuruterai DAP tetapi kesannya tidak membimbangkan jentera UMNO kerana pengundi Melayu kebal bersama-sama UMNO. Ini yang menyebabkan DAP memerlukan parti berteraskan Melayu.

Kepada DAP, PAS tidak boleh diharapkan lagi. PAS kini jauh lebih merbahaya dari UMNO gara-gara isu hudud.dalam konteks politik.

Penubuhan parti diterajui Mahathir--  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)—dialu-alukan DAP Perak kerana merasakan mereka akan menggunakan PPBM macam mana mereka gunakan PAS dulu menjelang PRU ke14.

Mahathir pula sudah tidak peduli bekerjasama dengan mana-mana pihak asal saja pihak berkenaan anti UMNO dan sanggup bersama-sama menjatuhkan PM Najib Razak.

Kerana factor inilah DAP yang sedar betapa mereka sukar menembusi jiwa orang-orang Melayu sudahpun membuka pintu kerjasama dengan membenarkan Mahathir dan geng-gengnya memulakan “langkah  Pangkor” berkempen di Perak.

Untuk rekod juga ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham bersama-sama sepentas dengan Mahathir dan Muhyiddin ketika di Manjong.

Terdapat juga kalangan PPBM yang merasakan Zambry akan turut memihak mereka kerana factor persahabatan Muhyiddin dan Zambry. Maka kita dapati mereka berusaha memikat Menteri Besar Perak  melalui pintu belakang kerana Zambry merupakan “sahabat karib” Muhyiddin sekian lama.

Ironinya Zambry dilihat sedikitpun tidak gabra atau goncang pendirian.  Malah sejak kedua-dua tokoh utama itu menyerang Perak, beliau menjadi sandaran rakyat yang mahukan BN kekal memerintah.

Dan menyedari pula pembangkang sukar merampas Perak melalui peti undi iaitu secara demokratik, tektik terkini mereka menjaja akan berjaya membentuk kerajaan dengan sokongan beberapa wakil BN (UMNO)yang akan melompat parti.

Perkara ini bukannya didedahkan sebarang tokoh kalau bukan Mahathir sendiri. Dalam ucapan di Manjung baru-baru ini, mantan PM itu berkata “pembangkang  mensasarkan Perak” untuk berkuasa.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata pembangkang mensasar mengambil alih kerajaan Perak melalui proses “lompat” parti oleh wakil rakyat BN.

Kata Mahathir lagi pembangkang mensasarkan untuk mengambil alih kerajaan Perak dan Terengganu melalui tindakan lompat parti wakil negeri itu.

Ini katanya kerana kedua-dua negeri tersebut hanya memerlukan dua wakil rakyat untuk bertukar parti.

“Kita tidak perlu tunggu sehingga PRU untuk menang,” kata Mahathir.


Sedang ahli-ahli pembangkang di Perak “senyum sokmo (kata orang Pantai Timur), dengan putarbelit Mahathir,Zambry tampil menepis dakwaan itu dengan berkata “ ini (dianggap) permainan politik kosong pembangkang”.


Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak berkata, apa yang disebut Mahathir itu bukan sesuatu yang baharu dan asing, malah merupakan perkara yang sering digunakan pembangkang.
?
“Baik Tun Mahathir, Nga Kor Ming atau Mat Sabu semuanya akan bercakap dengan nada yang sama kerana mereka itu adalah pembangkang dan mereka akan cuba melakukan apa sahaja.

“Tetapi apa yang mengejutkan dahulu mereka balun kita cakap tak boleh lompat dan sebagainya tetapi sekarang mereka pula yang bercakap tentan proses lompat parti,” katanya pada media di Sungai Siput pada Ahad.

Katanya BN Perak tetap tidak mengambil mudah kewujudan mana-mana parti baharu dari pihak pembangkang yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) depan.

“Tidak kisah parti itu PPBM atau apa sahaja namanya, tetapi BN Perak memang sentiasa bergerak melakukan kerja-kerja sebagai persiapan untuk menghadapi PRU.

“Sejak dari PRU lepas lagi kita memang dah buat persiapan dan bekerja, bukan kita bekerja kerana kewujudan PPBM tetapi memang pendekatan kami begitu,” katanya.

Zambry juga sedar ada pihak juga menggunakan “kisah bersahabat baik dengan Muhyiddin”  sebagai satu senjata perang psywar. Lebih-lebih lagi apabila Muhyiddin secara terbuka berkata Dr Zambry  dianggap sebagai seorang pemimpin berdedikasi tapi berada dalam parti yang salah.
 
Katanya Dr Zambry merupakan seorang tokoh pemimpin yang berwibawa berpendidikan tinggi tapi berada dalam kedudukan yang salah.

"Dia seorang yang baik...dedikasi tetapi berada dalam parti yang salah.

“Saya faham saya didik...tidak apa..sebab dia jadi tokoh politik yang agak berwibawa pendidikan tinggi bagus tetapi dia berada di kedudukan salah.

“Saya harap selepas ini dia akan bersama sama dengan kita manalah tahu..ia tak," katanya.

Katanya tsunami rakyat akan bangkit dan menolak BN termasuk di Perak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana