Khaled berterus-terang mengenai hasrat Muhyiddin tawan Johor

Kebiasaannya Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin cakap berlapik tapi ketika mengulas mengenai dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa partinya akan menawan Johor dalam pilihanraya umum akan datang, Khaled cakap lepas.

Menurutnya, Muhyiddin boleh bercakap apa sahaja untuk mempengaruhi rakyat tetapi bukanlah semudah itu untuk rakyat Johor untuk beralih arah.

"Memang betul Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak (Datuk Dr. Shahruddin Mohd. Salleh) keluar UMNO untuk bersama Muhyiddin tetapi hanya dia seorang.

"Spekulasi yang mengatakan ramai lagi ADUN yang akan keluar UMNO hanyalah mainan parti Muhyiddin yang mahu mambuktikan pengaruhnya masih ada di Johor," katanya selepas merasmikan Butik Armada Lanun di Brickfield, Kuala Lumpur petang tadi.

Jelas Mohamed Khaled lagi, UMNO akam terus mendekatkan diri bersama rakyat melalui pelbagai program yang diadakan sebagaimana lazimnya.

"Saya tahu rakyat Johor tidak akan terjerat dengan permainan Muhyiddin dan sekutu pembangkangnya.

"Kita (UMNO) dah lama bersedia untuk berdepan dengan siapa sahaja yang berhasrat untuk menjatuhkan UMNO dan BN di Johor," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana