Ketahui Sebab Mengapa DAP Mahu Menutup Sejarah Melayu Rapat-Rapat

Sejarah awal penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party – PAP) yang ditubuhkan pada tahun 1954.

Antara pelopor awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu.

Sejurus Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti itu di negara ini dibatalkan sebulan kemudian.

PAP ditubuhkan pada awal tahun 1954 yang dipelopori oleh setiausaha utamanya, Lee Kuan Yew. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 1965, pendaftaran PAP  di Malaysia dibatalkan.

Namun, pada 1966, parti itu didaftarkan menggunakan nama Democratic Action Party  dan diluluskan.  Sehingga kini, DAP meneruskan aspirasi perjuangan PAP di Malaysia.

Maka untuk meneruskan agenda PAP yang 100 peratusnya adalah pro-Cina, Devan Nair, ahli parlimen Bangsar ketika itu berusaha menghidupkan kembali parti itu dengan mendaftar sebuah parti baru dipanggil Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan kerana mempunyai persamaan dengan PAP dari segi nama.

Devan Nair lalu menukar nama tersebut kepada Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) yang diluluskan secara rasmi pada 19 Mac 1966.

DAP yang baru ditubuhkan itu dipelopori pula oleh Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian famili dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Dari segi lambang parti, prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di Malaysia dan PAP di Singapura.

Jika kita boleh mengimbau kembali modus operandi yang digunakan oleh Kuan Yew pada masa itu, kita hampir tidak menjumpai sebarang perbezaan dengan apa yang dilakukan oleh Guan Eng kepada rakyat Malaysia pada hari ini.

Lee Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu melayu demi menambat hati orang melayu Islam. Turun naik masjid adalah suatu kebiasaan.

Penampilannya yang berbaju melayu dan berkain pelikat menambah keyakinan orang melayu untuk mendokongnya.

Setelah berkuasa, apa yang berlaku?

Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini generasi pemimpin baru DAP seperti anak Kit Siang, Lim Guan Eng meneruskan tradisi berkiblat kepada PAP terutamanya setelah parti itu memerintah Pulau Pinang.

Apabila DAP dan Gerakan (ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor pada pilihan raya umum tahun 1969, kedua-dua parti itu menjadi besar kepala.

DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara.

Baru sahaja 12 tahun kaum Cina diberi taraf kerakyatan penuh melalui dasar ‘jus soli’ sebagai salah satu syarat utama British untuk kemerdekaan, orang Cina sudah naik tocang.

Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana