Kes saman Anifah, Anwar diarah bayar RM100 ribu

Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diarahkan membayar kos RM100 ribu oleh Mahkamah Rayuan kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berhubung kes saman pada 2015 lalu.

anwar vs anifah amanRayuan Anwar ditolak mahkamah pada Isnin dan diperintahkan membayar kos kepada Anifah.

Anwar menyaman Anifah tahun lepas susulan tujuh tahun lalu yang mendakwa pembangkang cuba membeli ahli-ahli politik.

“Kami menolak rayuan ini dengan kos,” kata Hakim Datuk Umi Kalthum Abd Majid yang mengetuai panel tiga anggota.

Anwar diwakili oleh peguam Razlan Hadri Zulkifli.

Dalam saman yang difailkan 27 Mei 2009, Anwar mendakwa kenyataan menteri itu pada sidang media di Washington sudah mencemar imej beliau.

Anwar mendakwa Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak memegang jawatan politik dan sebarang jawatan lain, dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Anwar juga mendakwa bahawa kenyataan Anifah, yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing, telah merosakkan keperibadiannya dan secara langsung atau tidak, menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan korup.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana