Kes di Sabah: Ini rampasan terbesar wang tunai rasuah dalam sejarah SPRM

Ini kes jerung yang cukup besar.Dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Sabah gasak wang lebih RM100 juta hasil dari rasuah agih projek bernilai RM3.3 billion kepada adik beradik mereka.

Mereka adalah pengarah dan timbalan pengarah agensi kerajaan berkenaan.

Mereka dikenakan tahanan reman Rabu untuk membantu siasatan kes itu.Turut sama ditahan reman dua orang lain yang ada kaitan dengan kes.

Dalam kes yang mengejutkan ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas wang tunai lebih kurang RM53 juta daripada kedua-dua suspek.

Ini adalah rampasan wang tunai terbesar dalam sejarah SPRM sejak ia ditubuhkan 49 tahun lampau.

RM45 juta dirampas daripada pengarah terbabit manakala RM 7.2 juta daripada timbalan pengarah.

Kesemua rampasan itu dibuat di pejabat dan rumah masing-masing.

Timbalan Ketua Persuruhjaya SPRM ( Operasi) Datuk Azam Baki memberitahu kedua-duanya mereka mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010 itu dipercayai telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Dana untuk projek berkenaan disalurkan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Susulan penahanan tersebut, SPRM turut menahan dua lagi individu termasuk adik kepada timbalan pengarah terbabit yang juga merupakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 55 tahun.

Seorang lagi suspek merupakan akauntan yang bekerja di syarikat Datuk tersebut iaitu lelaki berusia 50 tahun yang dipercayai berperanan membantu untuk menyelenggara duit yang diperoleh secara rasuah.

Selain wang tunai itu, SPRM juga telah menyita beberapa akaun milik Pengarah, Timbalan Pengarah dan Datuk tersebut yang dianggarkan lebih kurang RM62 juta.

SPRM juga mempercayai mereka memiliki wang di beberapa buah bank di luar negara.

Selain itu, SPRM turut membuka satu daripada enam peti simpanan milik timbalan pengarah tersebut di beberapa bank yang mengandungi wang tunai RM2.5 juta. Selebihnya akan dibuka dengan bantuan bank dalam masa terdekat.

SPRM juga telah mengenalpasti beberapa orang lagi individu yang dipercayai bersubahat dengan kesemua suspek dan akan memanggil mereka untuk diambil keterangan dalam tempoh terdekat.

Tindakan proaktif ini adalah selaras dengan amaran Ketua Pesuruhjaya SPRM yang mahu semua yang terlibat dalam rasuah terutamanya penjawat awam supaya menghentikan aktiviti-aktiviti haram mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perbuatan rasuah.

Dalam pada itu, SPRM turut merampas 127 geran tanah, sembilan buah kenderaan mewah iaitu Range Rover, Audi, BMW, Ford Ranger, Mercedes Benz, Mazda, BMW, Lexus, Volvo, jam tangan berjenama, barang-barang kemas serta 94 beg tangan berjenama mewah milik isteri-isteri suspek.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana