Kereta Anak Maria Chin Disimbah Cat Merah

PETALING JAYA:  Kereta anak lelaki Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah disimbah cat merah, awal pagi Khamis.

Menurut ahli jawatankuasa Bersih 2.0, Mandeep Singh, Maria dan anaknya telah membuat laporan polis berkenaan insiden itu.

“Kami harap semua pihak menghentikan keganasan berunsur politik ini,” katanya.

Pada Selasa, Maria telah menerima ancaman bunuh bersama gambarnya yang telah diedit (superimposed), di mana dia dipenggal oleh pengganas Negara Islam (IS).

Selain itu, ketiga-tiga anaknya juga diancam, begitu juga bagi Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk Ambiga Sreenevasan dan Mandeep.

Namun, perhimpunan Bersih 5 tetap diteruskan pada 19 November ini.

Bersih 2.0 akan menghantar memorandum semua insiden kepada Bukit Aman pada pukul 4 petang, Khamis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana