Kerajaan perlu rombak legasi negatif Mahathir...TEntu Ramai Yang Setuju Ni

KUALA NERUS - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berani untuk merombak legasi negatif bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bagi memastikan kerajaan sedia ada terus menjadi pilihan rakyat.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, sudah tiba masanya untuk kepimpinan tertinggi negara mengambil langkah berani agar rakyat tidak terus terbeban dengan legasi negatif yang ditinggalkan bekas perdana menteri itu.

“Saya tidak nafikan beliau (Mahathir) ada laksanakan projek positif yang memberi kebaikan kepada rakyat, tetapi legasi yang negatif perlu ditinggalkan supaya tidak terus memberi beban kepada rakyat.

“Mana-mana yang tidak untungkan rakyat rakyat, kita perlu rombak...kita harap perdana menteri (Najib) ada sokongan untuk tangani perkara ini dan kita menyokong penuh.

“BN kena jadi juara rakyat dan kita perlu rombak mana-mana legasi negatif yang ditinggalkan seperti penswastaan sisa pepejal dan kenaikan tol setiap dua tahun sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Himpunan Jentera Penerangan Umno Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, semalam.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau menafikan salah seorang suspek yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sabah berkait kes penyelewengan adalah bendahari Umno Bahagian Kimanis, Sabah.

“Tiada pemimpin Umno Sabah yang dikaitkan dengan kes rampasan wang tunai berjumlah RM52 juta Rabu lalu itu.

“Seperti dimaklumkan SPRM dua lelaki yang ditahan itu adalah pegawai salah sebuah agensi kerajaan di Sabah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana