‘Kenduri sakan’ songlap wang RM3.3 billion…19 jurutera daerah pula ditahan SPRM

Ketika kes seleweng dana persekutuan RM3.3 billion di Jabatan Air Sabah (JAS)  terdedah ekoran siasatan SPRM ada yang menduga ini kes ‘ kenduri sakan’ yakni ramai yang terlibat songlap wang.

Lojiknya tidak mungkin pengarah dan timbalan pengarah JAS yang telah ditahan reman boleh tutup aktiviti mereka dan songlap wang dengan mudah berpuluh juta selama ini.

Andaian itu terbukti bila 19 jurutera daerah JAS ditahan kerana dipercayai ada kaitan kes itu.

 Sebanyak RM2.4 juta wang dirampas dari kalangan jurutera daerah yang ditahan itu.

Mereka ditahan di 27 lokasi berasingan sekitar Sabah dalam operasi SPRM pada Rabu.

Setakat ini tidak dipastikan apakah ada gejala ‘ gotong royong’ songlap wang antara orang atas dengan orang bawah di jabatan itu.

Namun difahamkan korek punya korek dipercayai jurutera daerah mengutip sogokan antara 27 hingga 30 peratus dari nilai kontrak sesetengah projek yang diberikan.

Penahanan ini telah disahkan oleh Timbalan Ketua Persuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki.

Beliau enggan beri butiran tetapi kata siasatan itu melibatkan dokumen yang banyak dan ia memerlukan masa sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwaraya.

Dalam kes seleweng yang mengemparkan negara itu SPRM sebelum ini sudah merampas wang tunai,barang kemas,geran tanah,kereta mewah,hartanah bernilai lebih RM170 juta dari pengarah dan timbalan pengarah saja.

Apa yang mengejutkan ramai pihak melihat wang tunai bertimbun-timbun disorok begitu saja dalam laci di pejabat dan di rumah mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana