Kenapa Johor, Kenapa Tak Negeri Sembilan?

BERBANDING Johor (antara 3 negeri yang Mahathir kata boleh bertukar kerajaannya sebelum PRU14), Negeri Sembilan adalah negeri dimana BN gagal memperolehi majoriti 2/3 dengan BN menguasai 22 kerusi sementara pembangkang, 14 kerusi dalam PRU13 – perbezaan hanya 8 kerusi.

Sedangkan di Johor, dengan keluarnya ADUN Jorak (dalam parlimen Pagoh) untuk menyertai Pribumi minggu lepas, BN masih menguasai 37 kerusi DUN dari keseluruhan 56 DUN yang negeri itu ada.  37 kerusi, bukan sikit tu.  kalau nak berubah kerajaan pun, pembangkang yang Mahathir ketuai perlu 10 ADUN berpindah kerusi baru kerajaan boleh bertukar.

Di Negeri Sembilan, pembangkang hanya perlu 5 kerusi saja lagi untuk ubah kerajaan negeri

Jadi macam mana Johor menjadi pilihan Mahathir untuk berubah kerajaan sedangkan ada Negeri Sembilan yang lebih rendah perbezaan kerusinya?

Sebabnya mudah, Mahathir nak main politik saja, bukanlah betul-betul nak berubah pun kerajaan negeri Johor tu.  Ingat senang-senang 10 ADUN nak keluar parti ke dan kalau betul keluar pun, apa jaminan mereka tak akan berpatah balik semula?  Ini politiklah, bukan kisah anak beranak.

Lebihnya, kenyataan seperti itu dibuat sebab dia nak selamatkan maruah Muhyiddin yang penyingkirannya dari UMNO – setakat ini,  tidak memberi impak sebesar yang diharapkan.

Hanya seorang ADUN BN di Johor yang ikut jejak langkah Muhyiddin masuk Pribumi, itupun DUN yang terletak dalam Parlimen Muhyiddin sendiri, Pagoh.  Orang ini pulak kelihatannya makan budi dengan Muhyiddin seperti dilantik sebagai Pengerusi ITBM yang terletak dibawah Kementerian Pendidikan dimana Muhyiddin pernah menjadi Menterinya.

Walaupun ini mungkin bukan satu-satu sebabnya, logik itu ada.

Oleh yang demikian, rakyat usah tertipu dengan kenyataan seumpama ini kerana ia tidak lebih dari permainan politik, bukan logik.  Kalau logik, Mahathir tidak akan memilih Johor,dia akan pilih Negeri Sembilan kerana perbezaan kerusi yang penulis sebutkan di atas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana