Kenapa asyik nak bandingkan dulu dengan sekarang .....

Macai2 bungaraya dan pembangkang asyik duk bandingkan zaman DS Najib perintah dengan zaman Tun M. Kononnya zaman DS Najib perintah barang mahal disebabkan GST.

Bukan sebab GST barang mahal tapi disebabkan peniaga ambil kesempatan menaikkan harga barang. Sebelum GST dah ada cukai iaitu SST (Sale and Servive Tax) 10%. GST hanya 6% sahaja.

Contohnya kalau sebelum GST harga barang RM11.00 (harga barang + untung + SST) bila GST dilaksanakan sepatutnya harga barang tersebut ialah RM10.60 (harga barang RM10.00 dan GST 60 sen). Tetapi peniaga ambil kesempatan menjual dengan harga RM11.70 iaitu harga barang yang tidak ditolak SST. Harga barang RM11.00 (termasuk untung dan SST) + 66 sen GST (dibundarkan menjadi 70 sen).

Susah sangat ke nak faham. SST 10% dan GST 6%. Kalau tanya murid sekolah rendah pun tau antara 10 dan 6 mana yang lebih banyak. Tapi kenapa orang tua yang katanya lebih dulu makan garam ni susah sangat nak faham. Kenapa asyik nak percaya cakap pembangkang yang memang kerja mereka memusing2 perkara benar supaya menjadi salah. Tak kan tak boleh nak fikir mende2 mudah begitu. kenapa duk asyik nak salahkan menteri, kerajaan dan DS Najib. Yang sebenarnya bersalah ialah peniaga yang ambil kesempatan menaikkan harga.

Kalau nak banding jangan nak banding dengan zaman Tun sahaja. Bandingkan juga masa zaman tahun 1897. Tengok harga gula masa tu berapa sekati (600 gram sekarang) cuma 12 sen je. Ayam seekor baru 25 sen. Itu tahun 1897 tapi zaman DS Najib hari ini ialah tahun 2016. Aku mula kerja masa zaman Tun M gaji mula cuma RM395.00 campur elaun RM45.00. Tetapi hari ini orang baru masuk kerja gaji campur elaun sudah hampir RM2,500.00.

Yang otak dan fikiran masih sihat tu gunalah kurniaan Allah tu dengan baik. Berfikirlah. Cari fakta2 yang sahih dari sumber2 yang sahih. Jangan jadi burung kakaktua yang tak fikir pun apa yang diajar cakap oleh tuannya itu betul atau tidak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana