Kemaruk Dan Terdesak lah!!!! Dia Mahu Mencatur Raja-Raja Melayu Lagi?

Penulis tersenyum melihat permainan Perdana Menteri paling lama berkuasa di negara kita sekali lagi menunjukkan ‘skill Maverick’nya dengan permainan politik yang cuba mengaitkan Raja-Raja Melayu untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Setelah mengaku gagal meyakinkan Yang DiPertuan Agong dengan deklarasi yang dia sendiri tahu sia-sia, dia mencuba nasib sekali lagi dengan usaha mengutus surat kepada Raja-Raja Melayu supaya bertindak campur tangan dalam hal ehwal politik negara dan menjatuhkan Perdana Menteri.

Katanya, Raja-Raja Melayu di negara ini berhak dan berkuasa menasihatkan Yang DiPertuan Agong untuk mengambil tindakan mengikut kemahuan ‘si Maverick’, kononnya kerana Najib telah banyak melakukan kesalahan.

Itu pandangan ‘Maverick’? Dia fikir apa saja pandangannya maka ia benar-benar belaka dan Raja-Raja Melayu perlu patuh dan ikut ‘perintah’nya? Dia mungkin boleh ‘perhambakan’ anak dan beberapa bekas pemimpin UMNO yang taksub serta takut padanya.

Namun begitu, penulis yakin bahawa berkemungkinan besar Raja-Raja Melayu juga tidak perkenan dengan apa yang dia mahukan. Malah, Raja-Raja Melayu di negara ini juga berhak untuk memilih sama ada untuk melayan kerenahnya atau tidak, bukan?

Apakah ‘si maverick’ fikir beliau masih lagi berkuasa sebagai Perdana Menteri? Apakah dia fikir Raja-Raja Melayu di negara ini lupa pada segala perbuatan dan tingkah lakunya dulu ketika menjadi Perdana Menteri? Dia fikir begitu mudah untuk melupakan ‘dosa’nya?

Apakah dia juga lupa pada titah Sultan Johor tempohari? Lupakah dia bagaimana Sultan Johor sifatkan dirinya? Setelah jelas dengan titah Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar tentang dirinya, tiba-tiba dia mahu ‘minta tolong’ dan jasa baik baginda untuk pecat Najib?

Apakah dia juga lupa apa yang berlaku pada lewat tahun 1980’an dulu? Beliau fikir mudah semua Raja-Raja Melayu lupakan apa yang berlaku ketika itu? Atau apakah perlu segalanya diimbas kembali satu persatu dan dipaparkan di depan matanya?

Lagipun, atas kesalahan apa yang beliau mahu Najib disingkirkan? Najib hanya bersalah di matanya sahaja. Tapi di sudut undang-undang, belum ada satu pun kesalahan yang disahkan oleh mana-mana mahkamah terhadap Najib.

Dia suruh Jabatan Audit, SPRM, PDRM, PAC dan pihak berkuasa siasat Najib. Najib sendiri mengarahkan semua agensi-agensi itu menyiasat sehingga ke akar umbi. Yang menyiasat pun bukan calang-calang, semuanya berintegriti belaka.

Tapi bila hasil siasatan dikeluarkan dan keputusannya menjelaskan sejelas-jelasnya Najib langsung tiada kaitan dan tidak bersalah, dia sendiri tidak mampu terima. Diputar belitkan pula hasil siasatan itu kononnya semua telah diatur Najib. Jika begitu awalnya, baik tidak perlu sisasat langsung!

Tanpa sebarang asas, tanpa sabit kesalahan dan hanya berdasarkan imaginasi dirinya sendiri, diceduk dari sebuah laman web milik warga asing yang sangat diragui atas kepakarannya mengubahsuai yang asli kepada ‘edited version’, malah diakui oleh bekas editor kanannya, dia mahu Raja-Raja Melayu serta Yang DiPertuan Agong percaya pada tuduhan itu?

Dia fikir dia boleh perlakukan Raja-Raja Melayu mengikut kehendak hatinya? Sudah-sudahlah. Cukuplah dia ditempelak murka Sultan Johor. Jangan sampai Raja-Raja Melayu lain pula murka padanya. Buat cara lainlah, jangan cemari institusi Raja-Raja Melayu dengan ‘halusinasi’ politik keji seperti itu lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana