Kelompok liberal tentang RUU, guna media kelirukan dan takutkan rakyat

Adalah amat malang apabila kelompok Muslim liberal seperti G25, Sister in Islam (SIS), IRF, Zaid Ibrahim, peguam Siti Kasim dan yang seangkatan dengannya turut menentang keras usaha memartabatkan undang-undang Syariah.

Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS, Syed Ahmad Fadhli, berkata media yang dikuasai mereka juga digunakan untuk mengelirukan rakyat berhubung usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Akta 355)

“Contoh termudah ialah penggunaan terma RUU Hudud yang sering digunapakai dalam penerbitan berita mereka adalah penipuan secara terang-terangan. Mereka sengaja menggunakan perkataan Hudud kerana ia adalah senjata yang paling mudah untuk menakutkan orang kepada Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, usaha yang dilakukan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa RUU itu ke Dewan Rakyat adalah atas prinsip demokrasi berparlimen, sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan tidak bercanggah dengan peraturan mesyuarat dewan.

“Terdapat pelbagai pihak yang berusaha gigih untuk menghalang pembentangan RUU 355 oleh YB Marang. Mengapa perlu takut dan gelabah sangat?

“Apa yang ingin dipinda ialah Akta 355 yang sudah sedia ada semenjak tahun 1965 lagi. Akta tersebut dahulunya dibentang, dibahaskan, diluluskan di Parlimen yang sama juga. Pada tahun 1984, Akta 355 ini pernah dipinda bagi menambah bidang kuasanya,” katanya.

Syed Ahmad mencabar pihak berkaitan supaya menyatakan di mana kedudukan RUU itu yang dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan.

Beliau turut mencabar dikemukakan buktikan apa yang menyebabkan orang bukan Islam terkesan dengan pindaan bidang kuasa Mahkamah Syariah, yang tidak pun melibatkan mereka.

“Pihak yang menentang seperti DAP, MCA, Gerakan, MIC dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak hanya menggunakan persepsi palsu bagi menakutkan orang bukan Islam kepada Islam.

“Pihak The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST), Persatuan Hokkien Malaysia dan Majlis Gereja Malaysia, turut sibuk masuk campur tangan hal ehwal ummat Islam dengan menggesa Ahli Parlimen menolak RUU 355 ini, kononnya atas semangat mempertahankan Perlembagaan.

“Jadi, sila nyatakan di celah mana yang dikatakan RUU 355 ini bercanggah dengan Perlembagaan?,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana