Kami tidak gentar dengan DAP... laung Mursyidul Am PAS

Jika ada yang mengharapkan perlantikan bekas Ahli Parlimen Arau Ustaz Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS akan melembutkan hubungan antara parti itu dengan DAP, mereka ternyata kecewa.

Ini berikutan pendirian lebih tegas ulama PAS yang terkenal di kawasan utara itu untuk menentang DAP walaupun terpaksa berdepan pertandingan tiga penjuru dalam pilihanraya umum nanti.

Menurut Ustaz Hashim, PAS tidak akan bekerja sama dengan DAP dan akan meletakkan calon bagi menentang parti terbabit pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Jelas bekas Pesuruhjaya PAS Perlis itu, pihaknya tidak gentar untuk meletakkan calon di mana-mana kerusi termasuk di kerusi yang dimenangi DAP sebelum ini.

"Tiada kerjasama, hubungan PAS dan DAP memang putus kerana tindakan mereka sendiri yang memungkiri janji dengan tidak mahu bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Nak jadi (pertembungan) tiga penjuru, jadi la...PAS akan bertanding di mana DAP bertanding. Mereka perlu ingat kemenangan mereka sebelum ini turut dibantu PAS," katanya.

Beliau seorang yang cukup berpengalaman dalam politik dan disenangi oleh orang ramai, buktinya beliau memenangi pilihanraya pecil Parlimen Arau 1998, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi TPM dan Pengarah Pilihanraya BN Pusat.

Dalam pertembungan satu lawan satu itu,  Hashim memenang kerusi Parlimen Arau dengan majoriti 1,323 undi mengalahkan calon BN, Ismail Kassim.

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau bertanding dan menang kerusi kerusi DUN Sanglang dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN Datuk Mastika Junaidah Husin.

Manakala dalam Pilihanraya Umum  2008, Hashim sekali lagi memenangi DUN Sanglang selepas Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan DUN Sanglang dimenangi oleh beliau dan kemenangan calon BN Abdullah Hassan pada 8 Mac 2008 dibatalkan.

Ahad lalu, Majlis Syura Ulama (MSU) PAS sebulat suara melantik Hashim sebagai Mursyidul Am baharu parti itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Ia diumumkan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh, manakala MSU turut sebulat suara mengekalkan Datuk Ahmad Yakob sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS kerana mempunyai tanggungjawab sebagai Menteri Besar Kelantan.

Allahyarham Dr Haron yang juga Pengasas Pusat Perubatan Islam Darussyifa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di di Hospital Stanford, San Francisco, pada 16 September lalu, akibat komplikasi jantung.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana