Kalau Tiada Provokasi Dari BERSIH, Kami Tidak Akan Serang: Gerakan Baju Merah

“Kami tidak akan bertindak ganas jika tidak ada orang menyimbah minyak.”

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berjanji kumpulan Baju Merah di Pulau Pinang tidak akan bertindak ganas, kecuali diprovokasi kumpulan Bersih.

“Objektif Baju Merah adalah untuk menghentikan perhimpunan daripada diadakan kerana ia mengganggu keamanan di negara ini.

“Sehubungan itu, jangan provokasi kami, jika anda tidak mahu perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Rafizal berkata, konvoi Bersih 5 di Pulau Pinang tidak mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai kerana pertuduhan rasuah yang dihadapi Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

“Reputasi Guan Eng tercemar dan beliau sendiri cakap tidak serupa bikin. Bagaimana masyarakat mahu mempercayai tuntutan yang dibuat Bersih, jika counterpart mereka menghadapi tuduhan rasuah?” katanya.

Rafizal berkata, Baju Merah di Pulau Pinang sedia berdepan Baju Kuning, jika mereka berkumpul tanpa permit polis.

Semasa perhimpunan di Gurney Drive minggu lalu, kira-kira 300 pemuda bermotosikal menuntut Guan Eng meletak jawatan dan mendakwa perhimpunan Bersih diadakan bertujuan menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana