Kalau Ikut Kata Pembangkang GST Naik Lah Ptuihhhh.....Bajet 2017: Tiada Kenaikan GST

LANGKAWI: Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz pada Selasa berkata Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib 21 Oktober ini tidak akan melibatkan cadangan meningkatkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sedia ada.

Katanya kadar enam peratus yang dikenakan sekarang masih mencukupi untuk menguruskan ekonomi negara dan memenuhi keperluan untuk membantu masyarakat marhaen.

"Takkanlah kita hendak membebankan rakyat lagi (dengan menaikkan kadar GST). Kita masih mampu menguruskan ekonomi walaupun kita menghadapi cabaran," katanya selepas merasmikan Seminar Integriti, Kualiti, Inovasi dan Kreativiti (Sektor Awam dan Swasta) di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Najib yang juga Menteri Kewangan akan mengumumkan peningkatan kadar GST semasa membentangkan Bajet 2017 ini.

Menurut Othman, asas pencukaian di bawah GST yang dikenakan kerajaan sejak diperkenalkan 1 April tahun lepas tidak melibatkan kesemua barangan keperluan rakyat.

"Kerajaan kita bertanggungjawab... amat prihatin kepada rakyat. Apa yang kita dapat daripada GST kita beri balik kepada rakyat namun ini cuba dieksploitasi (oleh pihak tertentu)," katanya.

Othman berkata persiapan untuk pembentangan Bajet 2017 yang kini sudah memasuki fasa terakhir ini telah banyak mengambilkira pendapat yang diutarakan oleh rakyat dari pelbagai lapisan.

Katanya seperti mana bajet yang telah dibentangkan sebelum ini, Najib telah menunjukkan sikap keterbukaannya untuk memastikan bajet tahun depan menggambarkan suara segenap rakyat dan keperluan mereka. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana