Kaji semula polisi, perjanjian zaman Tun M – Sohaimi

CHERAS – Kerajaan Persekutuan didesak untuk mengkaji semula semua polisi dan perjanjian yang dibuat pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak menguntungkan rakyat dan merugikan kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahdan berkata, bukan semua polisi dan perjanjian yang dibuat ketua Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri relevan untuk diteruskan pada zaman ini.

Oleh yang demikian katanya, kerajaan seharusnya menubuhkan satu jawatankuasa khas berhubung perkara ini.

“Kita masih boleh memperbetulkan keadaan jika ada kesilapan dan ketidaksamarataan keuntungan dalam polisi itu.

“Kita juga tidak mahu perkara ini sebagai ‘senjata’ pihak tertentu dalam pilihanraya akan datang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Veteran UMNO Bahagian Bandar Tun Razak kali ke-3, di sini.

Beliau berkata, polisi dan perjanjian yang perlu dikaji semula adalah perjanjian dengan beberapa konsensi lebuh raya misalnya.

“Selain itu, perjanjian yang melibatkan syarikat yang monopoli sesuatu perkara, berkemungkinan pada zaman pemerintahan Tun M, ada beberapa perkara yang beliau terlepas pandang sehingga merugikan rakyat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana