JIKA UMNO PERKAUMAN ORANG CINA TIDAK BERBARIS MOHON BR1M

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kelihatan teruja merendahkan ekonomi Kelantan sekali gus meletakan kepimpinan PAS negeri sebagai pemimpin tidak mempu membangun Kelantan.

Lim Guan Eng juga menuding jari kepada Barisan Nasional katanya,hanya pihak yang tidak mampu menangani isu-isu ekonomi atau skandal 1MDB akan memainkan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan.

Sekiranya benar masalah ekonomi tidak dapat dijaga dengan baik,dari mana pula datangnya sumber pendapatan Pulau Pinang dan berapa ramai pula sebangsa dengan Lim Guan Eng berlapar di negara ini.

Jika benar Barisan Nasiona tidak mendapat sokongan sudah lama Malaysia ini diperintah pembangkang.Segala apa yang diungkitkan itu hanya seperti buluh pecah ketika dibakar.

Andainya perkauman menjadi dasar kempen UMNO sudah lama sebangsa dengan Lim Guan Eng tidak akan mendapat apa-apa nikmat daripada kerajaan dan tak mungkin mereka yang sebangsa dengan beliau beratur di bank untuk mengambil BR1M.

Lim Guan Eng ketika bercakap di Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini beliau mengesa anggota parti abaikan amalan politik perkauman.

Memang DAP tidak perkauman sehingga banyak kedai orang Melayu dinegeri itu dirobohkan,Bolehkah Guan Eng keluarkan senarai berapa banyak kedai bangsanya dirobohkan?

Bantai Kelantan dengan memetik data Jabatan Perangkaan Lim kemudian menyatakan Kelantan – yang dikuasai PAS sejak 1990 – adalah negeri dengan keluaran dalam negeri terendah mengikut per kapita tahun lalu.

Semasa DAP dan PAS laga lidah berapa banyakah Lim Guan Eng bantu Kelantan untuk tingkatkan ekonomi rakyat negeri Kelantan?,sedangkan beliau bangga dengan pencapaian ekonomi Pulau Pinang.

Selepas usaha untuk jadikan PAS sebagai anak tangga tidak berjaya ,nampaknya Lim Guan Eng tetap cari balah dengan PAS tanpa melihat sebab-sebab berkuburnya Pakatan Rakyat sebelum lahirnya pakatan cacamarba di Selangor.

Hanya ada berapa kerat Melayu dan India dalam DAP sudah bangga mengatakan pihak lain perkauman.

Ketika orang Cina menyokong penuh Barisan Nasional,tuduhan UMNO perkauman juga turut bergema dan apakah Lim Guan Eng lupa?

Lim Guan Eng nampaknya telah lupa sejarah bantuan PAS kepada DAP sehingga tergadai perjuangan untuk mendirikan negara Islam.

Selepas kutuk ekonomi Kelantan beliau tidak mahu ulas tentang PAS berkaitan kenyataan Nasrudin HassanTantawi yang mendakwa PAS hanya sedia bekerjasama dengan parti yang terlebih dulu menolak DAP.

Sama-samalah tunggu jawapan daripada pemimpin PAS berkaitan kenyataan Lim Guan Eng.Itu pun kalau pemimpin PAS ada telur. –HotKelate

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana