Jelajah Gelombang Merah UMNO Kelantan diwujud semula dalam format baru...

Ingat balik...menjelang pilihanraya umum ke 13 dulu UMNO Kelantan rancak kendali program Jelajah Gelombang Merah.

Menjelang pilihanraya umum ke 14 ini program berkenaan akan diwujudkan semula.

Kali ini ia lebih bersifat mesra rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata program itu akan  dirancakkan semula dengan format baharu yang melibatkan seluruh pimpinan UMNO di peringat negeri, bahagian dan cawangan.

"Terdapat penambahbaikan dalam pengisian program Jelajah Gelombang Merah kali ini iaitu ia lebih bersifat santai dan mesra rakyat.

"Konsep ini dilihat penting kepada kami bagi menaikkan lagi semangat rakyat di negeri ini untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam usaha memastikan PRU14 milik kami di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Gelombang Merah peringkat UMNO Bahagian Jeli di Jeli,Sabtu.

Mustapa berkata antara aktiviti yang dilaksanakan ialah gotong royong membersihkan kawasan kemudahan awam, sukan rakyat, persembahan kebudayaan, pemeriksaan kesihatan, pameran dan jualan, serta penjelasan isu-isu semasa.

Beliau berkata program Jelajah Gelombang Merah ini akan pergi ke setiap 14 bahagian UMNO di negeri ini secara bergilir-gilir, sehingga menjelangnya PRU14.

Menurut Mustapa pihaknya menyasarkan kira-kira 5,000 orang akan hadir pada setiap program itu diadakan, dan rakyat akan berpeluang mendapat penjelasan bagi pelbagai isu semasa.

Ditanya mengenai kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kelantan, Mustapa berkata pihaknya memantau perkara tersebut.

"(Bagaimanapun) Setakat ini, pertambahan anggota baharu di setiap bahagian UMNO begitu banyak," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana