Jawatan PM tak penting, PAS mahu ubah sistem negara - Mursyidul Am

KANGAR: PAS tidak melihat jawatan Perdana Menteri sebagai keutamaan parti itu seperti mana yang diidam-idamkan pemimpin parti pembangkang yang lain.

Ujar Mursyidul Am barunya Hashim Jasin, parti itu mahu memberi tumpuan kepada penambahbaikan sistem pemerintahan sedia ada yang dilihat tidak dijalankan berlandaskan secara Islam.

Justeru, pendirian parti pembangkang lain untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak disokong PAS kerana gagal mengikut saluran yang betul.

"Kita bukan tamak hendak jadi Perdana Menteri, ada orang (dari parti lain) yang sibuk nak jadi Perdana Menteri, itu dasar (parti) mereka. Kita hormat juga tapi kita dalam PAS bukan itu (untuk jadi PM), kita hendak ubah sistem dan kembali kepada sistem Islam," katanya dalam sidang media di Kangar hari ini.

Beliau berkata demikian dalam mengulas mengenai langkah parti-parti pembangkang yang kini giat menjalankan misi untuk menjatuhkan Najib selaku Perdana Menteri.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul hadi Awang sebelum ini berkata, pemimpin dan kerajaan sedia ada mestilah diturunkan secara demokratik iaitu melalui proses pilihan raya atau peti undi.

Malah Hashim menyifatkan, ia tidak akan mengubah apa-apa jika Najib dijatuhkan tetapi masih mengekalkan sistem yang sama.

"Dasar kita cuma nak merubah satu yang tidak baik itu bukan ubah pemimpin, kalau sekarang (Datuk Seri) Najib punca masalah.

"Bukan kita turunkan dia naik yang lain tapi buat kerja macam Najib juga. Kita mahu dasar dan sistem diubah, tidak kira siapa (yang ambil tampuk pemerintahan)," jelas Hashim lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana