JANGAN SEBAR MAKLUMAT TIDAK SAHIH DI MEDIA SOSIAL ATAU BERDEPAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG - JAILANI

Shah Alam - Kerajaan hari ini memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial atau berdepan tindakan undang-undang.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata dalam kecanggihan teknologi masa kini, kebanyakan masyarakat lebih mempercayai maklumat yang disebarkan dalam Internet tanpa menyelidiknya terlebih dahulu daripada pihak berwajib.

Beliau berkata demikian selepas menutup Seminar Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2016 'Fiqh Tabayyun: Mendepani Cabaran dan Fitnah Media Sosial' anjuran Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) dengan kerjasama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jelas Jailani, tindakan perundangan yang dikenakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab ini adalah mengikut set perundangan yang terpakai di negara ini seperti Kanun Keseksaan, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment