Isu senarai hitam, tembelang k’jaan S’gor, P. Pinang didedah

Menteri di Jabatan Perdana Datuk Abdul Rahman Dahlan mendedahkan tembelang dua kerajaan pembangkang Pulau Pinang dan Selangor juga menyenaraihitamkan banyak syarikat yang dikaitkan dengan parti-parti politik tertentu.

Pendedahan tersebut dibuat selepas pemimpin pembangkang tidak berpuas hati dengan cadangannya supaya Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk tidak lagi menganugerahkan kontrak kerajaan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan BERSIH.

“Amalan yang sama berleluasa dalam negeri ditadbir pembangkang atas sebab-sebab yang rapuh,” ujar Abdul Rahman kepada Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi.

“Saya tahu boss kamu ada senarai syarikat yang sengaja diketepikan hanya kerana mereka dari pihak-pihak tertentu dengan mendakwa itu sebagai hak-hak prerogatif,” kata Rahman dalam tulisan di akaun Twitternya pada Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi mempersoal tindakan Abdul Rahman kerana menyalahgunakan kuasanya dalam kempen menentang BERSIH.

Ooi turut mencabar Abdul Rahman untuk mengemukakan bukti kerajaan Pulau Pinang dan Selangor mengamalkan diskriminasi yang sama.

Dalam tweetnya semalam, Abdul Rahman berkata, beliau bersetuju dengan pandangan ruangan pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia yang mahu kerajaan menyenarai hitamkan syarikat terbabit.

Awang Selamat menulis mengenai ada syarikat-syarikat yang menaja perhimpunan haram BERSIH dengan tujuan menggulingkan kerajaan tetapi pada masa yang sama syarikat-syarikat ini mendapat kontrak dari kerajaan.

“Saya bersetuju dengan pandangan beliau bahawa syarikat berkenaan perlu disenarai hitamkan dan akan minta EPU dan UKAS untuk melihat semua latar belakang syarikat yang memohon kontrak kerajaan melalui mereka,” jelas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana