Isu keluar parti, pembangkang di Sabah bergaduh

Perpecahan pemimpin parti pembangkang dalam isu keluar parti oleh beberapa pemimpin di Sabah baru-baru ini semakin ketara, terbaharu mereka masing-masing tuduh-menuduh antara satu sama lain.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen semalam menuduh pemimpin pembangkang di Sabah keluar parti disebabkan berpunca daripada kekayaan bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.

Bagaimanapun, bekas pemimpin PKR yang juga Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan Chieng Jen membuat tuduhan yang tidak berasas.

“Tidak ada wang atau balasan dalam apa jua bentuk terlibat, malah tidak ada permintaan atau tawaran kepada mana-mana orang atau wakil rakyat yang secara sukarela menyertai parti pelbagai kaum yang berpangkalan di Sabah.

“Perjuangan dan prinsip kami adalah untuk melawan BN, untuk reformasi dan membawa perubahan kepada kerajaan baru yang bertanggungjawab, tetap sama dan tidak terjejas, tetapi sebenarnya adalah lebih kukuh sekarang berbanding sebelum ini.

“Dengan platform politik baru ini, kita di Sabah secara langsung bertanggungjawab kepada pengundi Sabah,” kata Leiking dalam satu kenyataan.

Leiking meninggalkan PKR bulan lalu untuk menyertai parti yang diasaskan oleh Shafie.

Leiking kemudiaan membidas Chieng Jen dan mencabarnya menunjukkan bukti terhadap tuduhan dibuatnya.

“(Chong sepatutnya) memohon maaf atas dakwaan liar yang saya sendiri, Shafie dan semua dalam platform baru di Sabah menafikannya,” kata Leiking.

Ahad lalu, tiga Adun pembangkang meletak jawatan dari parti masing-masing untuk bersama parti tempatan Sabah.

Bagaimanapun mereka tidak menyatakan parti mana yang akan disertai mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana