Isu air Selangor: Jangan alihkan isu sebagai bahan politik, kata Presiden Isma

Kerajaan Selangor diingatkan supaya tidak mengalihkan isu gangguan bekalan air di negeri itu sebagai bahan politik, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Malah beliau berkata, kerajaan negeri juga tidak sepatutnya berterusan menunding jari menyalahkan pelbagai pihak, sedangkan rakyat terpaksa berdepan dengan masalah bekalan air tersebut.

“Penutupan loji rawatan air sebanyak tiga kali berturut-turut dalam tempoh sebulan ini memperlihatkan betapa seriusnya pencemaran sumber air bersih untuk kegunaan rakyat.

“Pihak berkuasa negeri Selangor diminta cari penyelesaian yang komprehensif kepada masalah air di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penutupan Loji Air Semenyih ekoran berlaku pencemaran sehingga menyebabkan beberapa kawasan di Selangor terjejas.

Penutupan pada 22 September lalu, berulang lagi pada 4 Oktober lepas, kurang 12 hari ia berlaku semula pada Sabtu, baru-baru ini.

Mengulas lanjut Ustaz Abdullah Zaik berkata, gangguan bekalan air yang berulang kali berlaku terhadap pengguna di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling ini menunjukkan ketidakcekapan dan kegagalan kerajaan negeri menguruskan krisis berkenaan.

“Apa pun kelemahan terhadap isu pengurusan dan pemantauan perlu dicari langkah penyelesaian. Jangan berdalih daripada melaksanakan tugas berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan sebagai berkata terdapat bukti mengenai pencemaran air di Sungai Semenyih yang menunjukkan “kecenderungan unsur sabotaj” oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk melemahkan kerajaan negeri memandangkan pilihan raya sudah hampir.

Mohamed Azmin berkata laporan polis telah dibuat Lembaga Urus Air Selangor bagi menyiasat pencemaran sungai berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata, Jabatan Alam Sekitar tidak menemui sebarang unsur sabotaj dalam siasatan awalnya mengenai pencemaran Sungai Semenyih sebagaimana yang didakwa Azmin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana